sederap kakiku melangkah
Friday 15 August 2014
Wednesday 12 September 2012
helen
1. Berapa
pentingkah peranan guru pendidikan khas dalam mengubah nasib seseorang kanak-kanak
OKU?
Sememangnya diakui bahawa seseorang guru
memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan seseorang pelajar samada
ia tipikal mahupun berkeperluan khas.
Bagi seorang guru pendidikan khas (Anne)
yang berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan
serentak seperti Helen, mereka memikul peranan untuk berusaha bersungguh-sunguh
dalam membantu agar Helen yang dibimbingnya mempunyai upaya untuk keluar dari
dunia yang gelap dan sepi.
Guru pendidikan khas harus bersedia dan
sanggup apabila diberi sesuatu tugas untuk mendidik. Secara jelasnya, walaupun
guru tersebut dihantar ke mana sahaja untuk mengajar dan siapa sahaja bakal
muridnya yang datang dari pelbagai latar belakang, fizikal, emosi dan
sebagainya yang berbeza, dia seharusnya berlapang dada dan meneruskan azam yang
kuat untuk mendidik.
Oleh yang demikian, Anne telah membuat
penilaian awal terhadap Helen yang akan dibimbingnya sebaik sahaja dia sampai
ke rumah Helen. Hal ini dilakukan bagi membolehkan Anne mendapat gambaran awal
mengenai Helen yang seterusnya membantu Anne dalam mengatur strategi pengajaran
yang bersesuaian dengan keperluan Helen.
Seorang guru seharusnya mengetahui dan
menguasai kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan untuk membantu mengubah
nasib pelajar-pelajarnya. Dalam filem ini menunjukkan bahawa Anne telah
mendapat kemahiran untuk mengajar daripada ilmu yang ditimbanya di Perkins
Institute for the Blind dan hasil daripada pembacaan laporan kes terdahulu
iaitu laporan pendidikan Laura Bridgman’s yang juga mempunyai masalah yang
hampir sama seperti Helen.
Daripada hasil penilaian, guru perlu
mengetahui daripada mana pembelajaran untuk seseorang pelajar itu seharusnya
dimulakan. Dalam kes Helen, Anne mengetahui bahawa adalah sangat penting untuk
mengajar bahasa terlebih dahulu. Hal ini terbukti apabila Anne telah mengambil
tindakan dengan mengajar Helen dengan mengeja menggunakan simbol-simbol yang
dibentuk dengan jari. Misalnya pada permulaan Anne telah mengajar Helen untul
mengeja ‘D.O.L.L’ semasa Helen memegang anak patung. Perkara ini dilakukan
supaya Helen mengetahui nama setiap benda yang disentuhnya. Anne juga ada
menerangkan kepada ibu Helen bahawa Helen perlu belajar mengenai bahasa supaya
dia akan memahami apa yang orang lain ingin perkatakan kerana bahasa merupakan
cahaya bagi mata untuk orang yang mengalami kebutaan. Bagi tujuan mengajar
bahasa, Anne akan mengeja dengan jari pada tapak tangan Helen untuk setiap
perkataan benda yang disentuh oleh
Helen.
Selain itu, guru berperanan penting
untuk mengubah dan memperbetul persepsi negatif yang timbul dalam diri
sesetengah individu mengenai pelajar pendidikan khas. Pemikiran abang Helen
yang beranggapan bahawa Helen selalu menimbulkan masalah dan tingkah laku buruk
yang dimilikinya tidak boleh diubah menyebabkan dia tidak menyukai Helen.
Dengan kehadiran Anne, persepsi ini berjaya dihakis dan seterusnya peluang yang
lebih terbuka dan jelas untuk Helen telah diberi oleh orang-orang
disekelilingnya yang membolehkan Helen diterima dan berjaya di dalam hidupnya.
Tambahan lagi, guru juga perlu memberi
tahu setiap tindakan yang akan diambil untuk mendidik seorang pelajar kepada
ibu bapa pelajar tersebut. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan terjadi salah
faham ibu bapa terhadap guru yang mungkin mengeluarkan kenyataan-kenyataan
negatif seperti guru mendera anak mereka kerana guru harus bertindak dengan
sedikit kekerasan atau ketegasan dalam mendidik.
Salah satu lagi peranan seorang guru
adalah untuk membantu memodifikasi tingkah laku yang tidak diingini dalam diri
setiap murid. Tugas ini memerlukan seorang guru itu berfikiran kreatif, matang,
terbuka,bijak mengambil peluang, dan sabar untuk mengubah setiap tingkah laku
yang mengganggu. Sebagai contoh, untuk mengubah tingkah laku buruk Helen yang
suka mengambil makanan pada pinggan orang lain dengan menggunakan tangan dengan
mengajarnya untuk duduk tertib di meja makan dan menggunakan sudu. Pada
permulaannya adalah menjadi sangat sukar untuk mengajar dan membiasakan Helen
untuk berbuat demikian kerana apabila didudukkan di kerusi meja makan, Helen
bertindak untuk melarikan diri. Tindakan ini dilakukan secara berulang-ulang
kali sehinggalah Helen boleh menerima pembelajaran tersebut. Hal seperti ini
turut berlaku pada pembelajaran-pembelajaran yang lain sehingga memerlukan guru
itu mempunyai daya usaha dan tahap kesabaran yang tinggi.
Peranan lain yang turut dimainkan oleh
guru pendididkan khas adalah untuk melaporkan setiap perkembangan yang dicapai
oleh pelajar kepada ibu bapanya. Perkara yang lebih menarik dan menjadikan
sesuatu pembelajaran yang dilakukan menjadi lebih terkesan dalam kehidupan
pelajar ialah guru perlu melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak. Guru harus
mengajar ibu bapa bagaimana mereka dapat membantu anak mereka. Tindakan ini
perlu dilakukan supaya usaha guru dalam mendidik tidak bertentangan dengan apa
yang dilakukan oleh ibu bapa. Jika perbezaan berlaku maka sia-sialah usaha
mendidik anak mereka dilakukan kerana hal ini boleh membuatkan si anak terkeliru
dan kembali kepada tingkah laku yang terbiasa dalam hidupnya.
Tidak terlupa juga bahawa guru
pendidikan khas perlu memikul tanggungjawab untuk menegur dan memperbetul
tindakan ibu bapa yang memberi ganjaran positif apabila anak melakukan
kesalahan. Dalam filem ini ibu bapa Helen telah bertindak memberi ganjaran
gula-gula apabila Helen membuat kesalahan dan mengamuk untuk menenangkan Helen
buat seketika. Tindakan Anne yang bertegas mengubah tingkahlaku buruk ini
akhirnya memberi kesan kepada penerimaan yang baik daripada orang-orang
disekeliling Helen dan begitu juga masyarakat luar. Hasil peranan yang
dimainkan oleh Anne menyebabkan lahirnya seorang yang berkeperluan khas yang
kebanyakan orang menyangka situasi yang dialami oleh Helen membolehkan mereka
menjadi individu maju dan dikenali.
2. Bincangkan
apakah cabaran yang dihadapi oleh Anne Sullivan untuk mendidik Helen Keller.
Ketika menggalas tanggungjawab untuk
mendidik Helen banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh Anne. Namun berkat
kesabaran dan kesungguhannya dalam mendidik akhirnya beliau berjaya melahirkan
insan yang buta dan tuli yang dikenali oleh seantero dunia sehingga ke hari
ini.
Antara cabaran yang dihadapi oleh Anne
ialah cabaran untuk mengubah tingkah laku Helen yang liar. Sebagai contoh
ketika ingin mengubah tingkah laku Helen yang suka mengambil makanan dalam
pinggan orang lain dengan hanya menggunakan tangan kepada adab di meja makan
yang sebenar, tindakan Helen mendapat tentangan daripada ibu bapa Helen. Hal
ini kerana mereka berasa kasihan melihat Helen diperlakukan sebegitu dan
beranggapan Helen terlalu bertegas dengan budak kecil seusia Helen yang tidak
mengerti apa-apa.
Bagi memperbetulkan tingkahlaku ini,
Anne juga turut dicubit, ditampar dan disimbah dengan air. Namun Anne mengambil
tindakan untuk membalas semula perbuatan tersebut dengan harapan supaya Helen
mengetahui bagaimana rasanya apabila diperlakukan sebegitu. Selain itu, Helen
turut melakukan tindakan seperti menyucuk tangan Anne dengan menggunakan pen
dan mengurung Anne didalam bilik dengan kuncinya disorokkan di dalam mulut yang
kemudiannya dibuang.
Anne juga terpaksa melakukan sesuatu
perkara secara berulang kali yang jelas perkara ini memerlukan tenaga yang
banyak, dan kesabaran yang tinggi. Misalnya untuk mengajar Helen makan
menggunakan sudu, banyak kali Helen mencampakkan sudu yang diberi kerana tidak
dibiasakan makan menggunakan sudu sebelum ini menyebabkan banyak kali juga Anne
terpaksa mengutip sudu tersebut dann Anne memaksa Helen untuk mengambil semula sudu
yang dibuang. Semasa Helen berada di atas meja makan, Anne terpaksa memerhati setiap
pergerakan Helen kerana khuatir jika tersilap pergerakan Helen akan jatuh dan
dia akan dipersalahkan oleh kedua ibu bapa Helen serta dia tidak mahu Helen
terjatuh kerana secara perlahan-lahan dia telah menyayangi Helen.
Daripada perkara yang dialami
menunjukkan Anne dicabar berulang kali
kerana setiap tingkahlaku yang hendak diubah memerlukan Anne memikirkan
sesuatu langkah yang ingin diambil agar tujuan sebanar untuk mendisiplinkan
diri Helen tidak bertukar kepada perlakuan yang akan menghancurkan semangat
Helen untuk terus berusaha memajukan kehidupannya. Cabaran yang dihadapi oleh
Anne dalam memodifikasi tingkahlaku Helen yang bermasalah bertambah apabila
tindakan Helen sering sahaja mendapat pembelaan daripada kedua ibu bapanya. Hal
ini menyebabkan Tingkahlaku buruk Helen semakin menjadi-jadi dan tindakan untuk
mengubahnya menjadi semakin rumit dan memerlukan usaha yang lebih. Oleh yang
demikian Anne terpaksa mengambil tindakan agar dia dan Helen dibenarkan duduk
berasingan di sebuah rumah agar usaha mengajar Helen menjadi lebih senang untuk
dilakukan dengan syarat dikenakan iaitu ibu bapa Helen hanya boleh berjumpa
dengan Helen apabila tiba masanya.
Dalam masa yang sama juga, Anne berdepan
dengan kesukaran untuk membolehkan Helen patuh terhadap setiap perkara yang
ingin disampaikan. Oleh yang demikian, Anne cuba untuk membantu Helen dalam
memahami tentang setiap apa yang ingin diperkatakan dengan cara memberi Helen
merasai sesuatu perkara itu seperti air, bunga,pen dan sebagainya dan kemudian
Anne akan mengajar Helen mengeja dengan cara Anne menggunakan simbol-simbol
jari pada tapak tangan Helen. Bagi tujuan mengajar Helen, Anne terpaksa
berusaha dengan lebih seperti membawa Helen ke atas pokok untuk membolehkan
Helen merasai dengan lebih jelas tentang pokok, telur burung dan anak burung,
mengepam air dan sebagainya. Perkara ini dilakukan demi memberi input mengenai
alam dan benda-benda yang terdapat disekeliling Helen.
Seterusnya,
Anne juga menghadapi cabaran untuk meyakinkan orang tua Helen bahawa dia
sebenarnya mampu untuk mendidik Helen. Jelaslah bahawa sekiranya ibu bapa tidak
yakin akan kebolehan seseorang guru itu untuk mendidik anak mereka dan mereka
tidak mempunyai kesedaran akan kepentingan usaha mendidik yang sepatutnya
diberikan kepada si anak maka segala urusan pembelajaran terhadap anak mereka
tidak dapat dijalankan. Tindakan inilah yang akan menyababkan potensi anak-anak
mereka yang berkeperluan khas tersekat sampai di situ sahaja.
Oleh itu, sebagai seorang guru yang
bertanggungjawab untuk membawa pembelaan terhadap golongan OKU haruslah
bersungguh-sungguh dan Jelaslah bahawa
sekiranya ibu bapa tidak yakin dan sedar akan kepentingan usaha mendidik yang
sepatutnya diberikan kepada anak mereka maka segala urusan pembelajaran
terhadap anak mereka tidak dapat dijalankan. Tindakan inilah yang akan
menyababkan potensi anak-anak mereka yang berkeperluan khas tersekat sampai di
situ sahaja. Oleh itu, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab untuk membawa
pembelaan terhadap golongan OKU haruslah mendalami ilmu dengan mendalam,
mempunyai kemahiran,bersungguh-sungguh dan amanah dalam melaksanakan tugas yang
dipikulkan di bahu kita.
akta PK
Bincangkan
akta-akta perundangan yang berkaitan dengan pendidikan khas/orang kurang
upaya(OKU), kelemahan-kelemahannya dan strategi untuk mengatasi kelemahan
tersebut.
Di Malaysia hak orang kurang upaya
bergantung kepada akta yang digubal pada tahun 2007 iaitu Akta Orang Kurang Upaya
2008. Akta ini banyak diambil pengisiannya dari undang-undang OKU Negara barat
yang boleh dikatakan sempurna sehingga menjadikannya sebagai tanda aras dalam
pembinaan undang-undang berkaitan OKU bagi seluruh dunia. Dalam Akta Orang
Kurang Upaya ini terdapat 5 bahagian yang dibina untuk mendedahkan tentang pengenalan
kepada kekurangupayaan, anggota dan fungsi Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang
Upaya yang berperanan untuk menjaga kepentingan OKU, pendaftaran OKU dan pihak
yang terlibat dengan OKU, penggalakan dan pembangunan kualiti hidup dan
kesejahteraan OKU yang dibahagikan kepada beberapa bab dan bahagian ke 5 adalah
berkaitan dengan perkara-perkara am.
Pembelaan
terhadap OKU di Malaysia kebanyakannya adalah sekadar dokumen yang tertulis di
atas kertas. Akta ini jika dilaksanakan akan membawa kepada hampir keseluruhan
hak dan keperluan OKU dalam menjalani kehidupan yang selesa dapat dipenuhi.
Malangnya seperti yang dikaatakan akta ini hanyalah tulisan-tulisan yang
terdapat di dakam sebuah dokumen,ia tidak diimplimentasi dalam memenuhi
keperluan OKU yang akhirnya menyebabkan hidup OKU tidak terbela dan semakin
melarat bagai sudah jatuh ditimpa tangga.
Akta
ini dibina bagi manyatakan bahawa golongan OKU mempunyai hak dan peluang yang
sama seperti orang yang tipikal serta keterbolehan untuk terlibat secara penuh
dalam sesebuah masyarakat. Namun realiti yang terjadi hanyalah indah khabar
dari rupa. Hak dan peluang untuk mereka seolah-olah diketepikan dengan
sewenang-wenangnya seakan akta ini tidak pernah diwujudkan. Tambahan lagi,
dalam bahagian 3 yang menyatakan tentang pendaftaran adalah dilakukan untuk
merancang program pendidikan serta menyediakan kemudahan yang sesuai dengan
ketidakupayaan yang golongan mereka alami adalah rancangan semata-mata
menyebabkan usaha ke arah itu tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya. Banyak lagi
program-program yang lompong, tidak strategic dan kemudahan yang disediakan
pula adalah sedikit, terhad dan tidak mengikut kepada jenis ketidakupayaan yang
mereka alami terutamanya bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah.
Sebagai
bukti, masih ramai golongan OKU yang sepatutnya mendapat pendidikan tetapi
telah ketinggalan akibat kehadiran mereka ditolak dari mengikuti pembelajaran
di sekolah oleh pihak pentadbir. Mereka beranggapan mereka ini cacat, lembap
dan tidak mampu untuk melakukan tugasan pembelajaran dan mereka bimbang
golongan ini akan menyebabkan prestasi sekolah mereka akan menurun sehingga
menjatuhkan imej sekolah dan nama pentadbirnya. Oleh itu, jelaslah hak
kebolehaksesan OKU kepada pendidikan tidak berupaya untuk dipenuhi oleh pihak
yang terlibat dan tiada kepentingan utama kepada pembinaan Dasar Pendidikan
Wajib 2002 dan pendidikan untuk semua.
Selain
itu, bahagian penyediaan kemudahan untuk golongan ini juga tidak dipenuhi.
Perkara ini bertentangan dengan kenyataan kebolehaksesan kepada kemudahan, ameniti,
perkhidmatan dan bangunan awam serta pengangkutan awam. Kenyataan bahawa setiap
bangunan yang dibina mestilah mempunyai ciri mesra OKU agar golongan ini mudah
mengakses kepada tempat-tempat yang ingin dijejaki dan pihak yang menyediakan
harus mengambil langkah yang perlu untuk memastikan kemudahan dan perkhidmatan
memenuhi reka bentuk untuk mudah di akses. Walubagaimanapun, masih banyak
kekurangan kemudahan yang mempunyai ciri mudah diakses untuk golongan OKU yang
menyebabkan mobiliti mereka terbatas sehingga menyukarkan mereka untuk
melakukan aktiviti seperti belajar dan memasuki alam pekerjaan. Kekurangan ini
akhirnya menjadi faktor kepada majikan untuk menolak dan tidak menerima OKU
untuk berkerja di premis perniagaan mereka. Mereka tidak mahu mengambil risiko
dengan membuat anggapan golongan ini akan menyusahkan orang lain dan menurunkan
prestasi syarikat.
Di Malaysia, sehingga Oktober 2011, terdapat 331,661
OKU yang telah didaftarkan namun jumlah keseluruhan dianggarkan jumlah golongan
OKU adalah seramai 4.2 juta orang. Daripada jumlah ini hanya satu peratus
peluang pekerjaan disediakan untuk mereka. Jadi bagaimana jumlah yang
selebihnya ingin mencari pendapatan bagi menyara diri?. Fenomena ini jelas
menunjukkan bahawa hak dan peluang sama rata serta pengiktirafan kebolehaksesan
kepada pekerjaan dalam Akta OKU 2008 didiskriminasi oleh pihak-pihak yang
terlibat.
Dalam hak
OKU untuk mengakses kepada pekerjaan juga ada menyatakan bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap
OKU hendaklah melindungi hak OKU. Malangnya seperti mengharapkan pegar, pegar
makan padi kerana terdapat majikan yang mengambil peluang dan mendiskriminasi
hak OKU dengan pemberian gaji yang sedikit kepada mereka dengan anggapan mereka
tidak mampu berbuat apa-apa kerana khuatir kehilangan tempat mencari sumber
pendapatan. Lebih menyedihkan apabila orang yang sepatutnya bertanggungjawab
membela OKU sanggup mengambil kesempatan dengan melepaskan nafsu serakah terhadap
golongan ini dan si pelaku pula tidak dikenakan hukuman yang sepatutnya
seolah-olah pihak yang seharusnya menyelesaikan masalah ini buta mata dan
hatinya yang tidak mengetahui akan hak dan tidak berperikemanusiaan sehingga
keluarga OKU pula yang diarah menarik tuduhan.
Termaktub di dalam akta OKU mengenai
perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini seperti bantuan
alat tiruan dan pendaftaran. Permulaannya perkhidmatan ini bertujuan untuk
membantu agar mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan serta melahirkan
masyarakat yang produktif. Ironinya apabila ramai OKU yang tidak diterima
bekerja, mereka terutamanya yang mengalami masalah penglihatan mengambil
langkah untuk menjual tisu dikaki-kaki lima pula dicekup oleh polis. Jadi bagaimana
lagi mereka harus berusaha untuk menyara hidup? Bolehkah masyarakat OKU yang
produktif dilahirkan jika beginilah situasinya? Kejadian-kejadian ini
menunjukkan bahawa kehidupan OKU tersisih dari kehidupan bermasyarakat,
menerima arus pembangunan dan persamaan hak seperti yang nyata diwartakan di
dalam akta yang digubal.
Dari segi pendidikan tahap awal, Dasar Orang
Kurang Upaya ada menggariskan menerusi strategi melalui kesihatan dan sokongan
kanak-kanak kurang upaya untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk
program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal, memantapkan mekanisma
perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU dan mengutamakan
kepentingan terbaik untuk kanak-kanak kurang upaya dalam setiap program
perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU. Tetapi dalam keadaan
sebenar yang berlaku di Malaysia sistem pendidikan dan program intervensi yang
ada masih belum mantap dan terlalu lemah menyebabkan golongan OKU tidak
mendapat manfaat yang mantap.
Justeru
sudah terang lagi bersuluh bahawa walaupun terdapat akta perundangan yang
mantap namun jika tidak dilaksanakan dan diambil perhatian dalam
perlaksanaannya maka hancur leburlah segala apa yang dirancang dan kehidupan
OKU akan terus-terusan terhimpit dan tersepit.
Oleh
yang demikian, pemilihan pihak-pihak yang terlibat dengan kerja-kerja untuk
membela nasib OKU haruslah diberi perhatian tinggi kerana hanya mereka yang
betul-betul layak, mempunyai jiwa membela, mempunyai kaitan dengan orang yang
mengalami kekurangupayaan dan dapat merasai kepayahan yang harus ditanggung
oleh OKU sahaja yang akan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan usaha untuk
memenuhi keperluan kehidupan OKU. Hal ini seterusnya membawa kepada pembelaan
hak OKU yang sepatutnya yang akhirnya membolehkan mereka hidup dalam keadaan
yang sejahtera seolah-olah tidak terasa akan kekurangan yang ditanggung.
Selain
itu, ibu bapa dan masyarakat perlu mempunyai kesedaran akan hak-hak yang
sepatutnya dipunyai oleh OKU. Memandangkan semua manusia yang diciptakan Ilahi
termasuk mereka yang berkeperluan khas dibekalkan dengan potensi diri yang
pelbagai maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk merealisasikan
agar OKU dapat menjalani kehidupan dengan berbekalkan potensi yang dimiliki
dengan seoptimum yang boleh. Perkataan dan perbuatan diskriminasi itu harus
dihapus dan dilenyapkan dalam memenuhi keperluan OKU.
Dalam
masa yang terdekat dapat dilihat contoh untuk mengatasi kelemahan akta
berkaitan OKU, OKU yang mempunyai kesedaran itu sendiri bangkit untuk menegakkan
hak yang sepatutnya mereka miliki. Walaupun terlihat kejanggalan dalam
perlaksanaan akta dari peringkat atasan, namun ketegasan dan kesungguhan
golongan OKU dalam usaha menegakkan hak mereka demi mengecapi hidup yang lebih
sempurna akan membuka mata semua pihak mengenai hak OKU yang harus dikembalikan
dan insya Allah akan berhasil.
FALSAFAH DAN ISU PK-isu oku dan keluarga
Bincangkan apakah isu-isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan keluarga mereka di Malaysia?
Berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang telah saya lalui, terdapat beberapa isu berkaitan golongan OKU
yang dapat diketengahkan. Antara isunya adalah golongan ini tidak mendapat hak
untuk mengakses pendidikan yang sewajarnya seperti yang terdapat di dalam Akta
OKU 2008. Di sekolah misalnya terdapat banyak kekurangan dari segi kemudahan
yang diperlukan oleh golongan ini untuk memudahkan aktiviti dan penerimaan
pembelajaran yang lebih efektif. Sebagai contoh, bagi pelajar dari kategori bermasalah penglihatan
mereka memerlukan mesin-mesin yang canggih dan berharga mahal seperti perisian JAWS
dan Duxbury serta thermoform untuk membantu mereka mengakses kepada ilmu dengan
lebih mudah. Namun malangnya kemudahan ini tidak dapat disediakan dalam
kuantiti yang mencukupi oleh pihak kementerian kepada sesetengah sekolah. Apa
yang membimbangkan ialah keadaan ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada tahap
pembelajaran golongan OKU sehingga boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam
pendidikan jika dibandingkan dengan pelajar lain yang tipikal. Natijahnya,
terdapat guru-guru yang prihatin mengambil inisiatif sendiri untuk turun padang
bagi melakukan usaha mengumpul dana dengan tujuan dapat membeli alat yang sangat berguna untuk
kepentingan pelajar mereka.
Bagi golongan OKU bermasalah
pembelajaran pula, mereka memerlukan alat bantu pengajaran yang pelbagai dan
setting pembelajaran yang selesa. Perkara ini pastinya menuntut peruntukan wang
dan usaha yang lebih dari pihak sekolah dan guru untuk menyediakan keperluan
ini. Masalahnya, terdapat pihak atasan dalam pentadbiran sekolah yang sangat
berkira untuk memberi peruntukan kepada kelas pendidikan khas. Kebanyakan
peruntukan hanya diberikan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkenaan
pelajar dari aliran perdana. Kesannya, pelajar berkeperluan khas ini tidak
mendapat manfaat pembelajaran yang maksima di sekolah.
Lebih membimbangkan terdapat
segelintir guru-guru pendidikan khas yang mempunyai moral yang rendah. Hal ini
kerana boleh dikatakan mereka hanya mengajar dengan sambil lewa, tidak
mementingkan input yang sepatutnya boleh dicapai oleh pelajar. Ada kalanya
mereka diiperhatikan lebih senang untuk membuat kerja-kerja lain seperti
menguruskan aktiviti ko-kurikulum dan majlis-majlis yang diadakan di sekolah.
Selain itu, terdapat ramai guru yang dikehendaki mengajar pelajar berkeperluan
khas ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai latar belakang
pendidikan khas kerana mereka hanya diserap oleh pihak pentadbiran bagi
memenuhi permintaan terhadap guru pendidikan khas. Oleh sebab itu, mereka tidak
dapat mengadaptasi keadaan dan menjadikan pembelajaran berkesan untuk para
pelajar. Mereka tidak dapat mengawal pelajar yang seterusnya menyebabkan mereka
mengambil jalan pintas dengan tidak mengajar dan menyuruh pelajar membuat
perkara yang disukai. Di samping itu juga, aktiviti pembelajaran yang dilakukan
selalunya dilihat adalah perkara yang sama pada setiap hari. Keadaan ini
menunjukkan objektif pembelajaran tidak dilakukan dengan sempurna. Oleh itu,
keadaan ini menyumbang kepada lahirnya guru 20 haribulan yang hanya menunggu
masa untuk menerima kemasukan gaji.
Dalam suasana sekolah itu sendiri
terdapat pandangan-pandangan yang tidak sepatutnya berlaku terhadap mereka yang
terlibat dengan dunia pendidikan khas. Guru dari aliran perdana mempunyai
pandangan dan perpsektif yang negatif terhadap guru pendidikan khas. Oleh yang
demikian, di sekolah guru dilihat mempunyai dua kelompok yang menyebabkan guru
pendidikan khas seolah-olah disisihkan. Hal ini menunjukkan bahawa kesedaran
mengenai dunia pendidikan khas masih kurang dalam diri dikalangan mereka yang
terlibat secara langsung dengan sistem pendidikan. Jika keadaan ini berlaku,
maka masyarakat dan pelajar tipikal di sekolah itu umumnya tidak dapat dididik
untuk mempunyai kesedaran yang sepatutnya mengenai guru dan pelajar pendidikan
khas.
Kesedaran mengenai pendidikan khas
dan mereka yang berkeperluan khas menyebabkan timbulnya beberapa anggapan dan
label negatif yang diberikan. Misalnya, guru aliran perdana mengatakan guru
pendidikan khas tidak melakukan kerja, mempunyai kerja yyang senang dan sebagainya.
Manakala sikap pelajar tipikal terhadap pelajar berkeperluan khas juga adalah
sinis sehingga menyebabkan mereka mengasingkan diri dan mengejek pelajar
berkeperluan khas dengan gelaran-gelaran yang tidak sepatutnya. Lebih
mendukacitakan sikap ini dipupuk oleh ibu bapa mereka. Seandainya masyarakat
dan para guru mempunyai pandangan negatif dan kesedaran yang rendah mengenai
golongan OKU ini mereka dan keluarga akan terus disisihkan dan bagaimanakah
nasib mereka akan terbela?
Di Malaysia program pendidikan
integrasi yang bertujuan untuk memberi peluang pelajar berkeperluan khas dan
pelajar tipikal bercampur di dalam satu sekolah telah dilaksanakan. Dengan
adanya inisiatif mewujudkan sekolah integrasi ini objektif untuk mengeratkan
dan mendedahkan pelajar berkeperluan khas dengan kehidupan tipikal dan mendapat
peluang yang sama diharap dapat dicapai. Malangnya, komunikasi antara pelajar
masih kurang kerana mereka hanya berkongsi kemudahan seperti kantin, tandas dan
tapak perhimpunan. Pelajar tipikal mengasingkan diri sehingga menyebabkan
pelajar berkeperluan khas hanya berkomunikasi sesama mereka dan rasa tersisih.
Di dalam kelas inklusif juga diperhatikan bahawa guru aliran perdana lebih
memberi perhatian kepada pelajar aliran perdana dan guru ini kurang memberi
kerjasama terhadap guru pendidikan khas dalam memastikan pengajaran dan
pembelajaran dapat memberi manfaat yang optimum kepada pelajar khas. Fenomena
ini bertepatan dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Zarin Ismail, Safani
Bari dan Soo Boon Seng pada tahun 2004 yang mendedahkan integrasi sosial di
kalangan pelajar khas dan pelajar normal (tipikal) berada pada tahap yang
rendah atau minima.
Satu lagi isu yang menjadi persoalan
ialah kurangnya penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak yang mempunyai
keperluan khas ini. Kebanyakan ibu bapa terutamanya ibu bapa di luar Bandar
menyerahkan tugas mendidik anak sepenuhnya kepada guru di sekolah. Mereka hanya
menghantar dan mengambil anak dari sekolah sahaja. Apabila di rumah pula, tiada
sebarang usaha dilakukan untuk membantu anak dalam pelajaran mereka. Ibu bapa
mempunyai kesedaran yang rendah mengenai kepentingan mengajar anak mengenai
aspek pengurusan diri dan kemahiran. Hal ini diperkatakan kerana daripada
pengalaman yang pernah saya lalui terdapat ibu bapa yang hanya sekadar menulis
surat kepada guru dengan menggunakan perantaraan anak mereka dengan tujuan
untuk menyuruh guru memberi tumpuan seratus peratus untuk mengajar anak mereka
di dalam kelas selepas anak menceritakan keterlibatan dengan program pendidikan
khas seperti berkebun dan perikanan. Keadaan ini menunjukkan ibu bapa tanpa
usul periksa hanya ingin menyalahkan guru dengan menyatakan guru tidak mengajar
sebaliknya hanya menyuruh anak mereka membuat kerja kemahiran hidup. Tambahan
lagi, apa yang lebih mengecewakan terdapat ibu bapa yang menganggap anak mereka
yang berkeperluan khas tidak layak untuk
menerima pendidikan yang sempurna. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk
memberi kebenaran kepada anak untuk terlibat dengan aktiviti kemahiran hidup
dan aktiviti di luar sekolah serta memberi peluang kepada anak untuk mencuba
sesuatu yang baru. Keadaan ini yang berterusan akan memberi impak kepada
pelajar iaitu akan membantutkan perkembangan diri mereka.
Fenomena yang tidak terlepas pandang
dari pandangan mata saya ialah berlakunya penempatan pelajar yang tidak sesuai
dengan tahap kecerdasan yang dimiliki. Pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan sederhana
ditempatkan dengan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan rendah ditempatkan di dalam
satu kelas. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran pelajar yang berkecerdasan
sederhana yang sepatutnya boleh dimajukan terganggu dek kerana pelajar yang rendah
tahap kecerdasannya kerana guru terpaksa mengawal dan memberi lebih tumpuan
kepada mereka yang lebih berkeperluan.
Di Malaysia program intervensi awal
masih kurang dilaksanakan. Hal ini menyebabkan ramai golongan OKU yang
sepatutnya boleh dibantu untuk dioptimakan tahap perkembangan mereka yang
sekali gus membantu mereka menjadi lebih sempurna tidak dapat dilakukan. Selain
itu, kurangnya sumber-sumber maklumat mengenai dunia pendidikan khas di
Malaysia memberi bebanan fikiran kepada keluarga yang mempunyai anak berkeperluan
khas untuk mendapatkan rujukan dan saluran yang sewajarnya.
Dalam sistem pendidikan teknik dan
vokasional yang melibatkan pelajar berkeperluan khas terdapat kekurangan yang
nyata. Kekurangan jelas berlaku apabila tenaga pengajar yang digaji untuk
mengajar itu sendiri tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan kemahiran tersebut
apatah lagi untuk mengajarkan ilmu kepada pelajar yang menuntut guru itu
sendiri harus mempunyai pengetahuan tentang sesuatu bidang. Kelemahan sistem
pendidikan ini juga adalah disebabkan oleh isi kandungan kurikulum yang disusun
tidak menyediakan pengetahuan kepada pelajar untuk melangkah ke alam pekerjaan.
Justeru, tidak hairanlah mengapa terdapat majikan yang tidak mempunyai
keyakinan untuk menggaji pelajar ini setelah mereka menamatkan pengajian.
Sebagai akibatnya, mereka tidak berkerja dan hanya menganggur.
Dalam melaksanakan pendidikan khas
di sekolah, rancangan pendidikan individu menjadi satu dokumen penting untuk
pendidikan seseorang pelajar berkeperluan khas. Malangnya, perkara yang sangat
penting ini tidak mendapat pendedahan yang cukup dari pihak atasan. Oleh yang
demikian, terdapat guru yang hanya sekadar menyediakan RPI tanpa
menitikberatkan perkara-perkara yang sepatutnya terkandung di dalam sesuatu
RPI. Perkara ini menyebabkan objektif pendidikan bagi seseorang pelajar tidak
dapat dilaksana dan diukur secara teratur sehingga mengenepikan manfaat besar
yang sepatutnya boleh dipenuhi untuk diri mereka.
Nasib golongan OKU ini juga dilihat
tidak mendapat pembelaan yang mencukupi. Misalnya, peluang pekerjaan yang
terhad, hak mendapat pinjaman yang sukar dan sistem kemudahan yang masih belum
sempurna untuk digunakan serta tahap perkhidmatan yang tidak mesra OKU oleh
golongan ini. Pendek kata, masih banyak perkara yang membebani keperluan
golongan ini.
Daripada isu-isu yang jelas wujud
ini, dapat disimpulkan bahawa perlu dan sangat penting untuk melakukan usaha
bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai keperluan golongan berkeperluan khas
kepada setiap lapisan masyarakat dan semua pihak yang terlibat dengan golongan
ini. Sikap mengambil berat, prihatin
dan semangat untuk membela nasib golongan ini harus disemai dalam diri setiap
individu. Sekiranya, sikap masyarakat berjaya dibentuk untuk mempunyai
pengetahuan mengenai golongan istimewa ini pastinya nasib mereka lebih sempurna
dan mendapat hak yang sama sebagaimana insan yang tipikal. Selain itu, sistem
pendidikan untuk golongan berkeperluan
khas harus terus diperkemas dan dimantapkan kandungannya.
Tuesday 19 June 2012
Alhamdulillah. suara hati,rintihan ibu bapa di Autisma Malaysia didengari demi untuk menegakkan keperluan anak-anak syurga mereka.
"Alhamdulillah - Our prayers have been answered. Many children with autism can really benefit from this..."(Hayati Jaafar)
Namun dengan adanya idea ini terdapat pro dan kontranya kerana kewujudan sekolah ini bermaksud akan berlaku pengasingan terhadap pelajar istimewa ini. walhal pendidikan di luar negara mahupun di Malaysia sendiri kearah untuk memberi fokus kepada pendidikan inklusif kerana sebagaimana yang diketahui inklusif mendatangkan banyak manfaat.
"..anak2 autisme tidak boleh ditempatkan
sesama mereka sahaja sbb mereka perlukan pergaulan dgn budak normal utk mereka
teladani"
Walau apa pun, diharap banyak lagi kemudahan dan prasana disediakan untuk golongan istimewa yang terdiri dari pelbagai kategori..pokok pangkalnya dalam penyediaan kemudahan ini pihak yang menyediakan perkhidmatan perlulah mengambil kira tentang keperluan OKU. Hal ini perlu kerana tiada apa yang perlu dikejar sama ada 'kuasa', 'pangkat' atau 'populariti' kerana apalah gunanya perkhidmatan yang canggih manggih dan bernilai jutaan ringgit dibina jika tidak boleh digunakan oleh OKU sedangkan matlamat utama penyediaan perkhidmatan ini adalah untuk kegunaan OKU demi memenuhi keperluan dan memudahkan perjalanan hidup mereka. keadaan ini bertepatan dengan gerakan'nothing about OKU without OKU..justeru, pihak yang terlibat perlulah menjalankan penyelidikan tentang apa yang diperlukan OKU sebelum membuat tindakan menyediakan sesuatu untuk golongan ini..
Friday 8 June 2012
VIDEO
Ini
merupakan video kumpulan yang telah kami hasilkan
Tajuk
video ini ialah CIKGU KONTROVERSI
Disebabkan
video ini file nya terlalu besar
kami
mengambil inisiatif untuk memasukkannya didalam google Docs
Bagi
siapa-siapa yang ingin sakskan video ini
sila
klik link di bawah ini
Antara
barisan-barisan pelakon:
Cikgu:
Massaharini
Pelajar
1: Azuriani Murni
Pelajar
2: Norzie
Narrator:
Khalsum
Banyak
pengajaran yang dapat kita saksikan daripada video yang telah kami hasilkan
antaranya
ialah
bersikap
mesra dengan ibubapa
Tidak
mencampurkan urusan peribadi di sekolah dan sebagainya
Jadi
sila tonton
Ahli kumpulan: (tutor rabu 8-10 a.m)
Khalsum Abdul Hamid
A134457
Azuriani murni Omar Ussman
A132665
Norzie Che Nordin
A134610
Massaharini Razimil
A133044
Tuesday 29 May 2012
pos dalam blog
blogspot
Penggunaan teknologi pendidikan dapat melahirkan modal insan yang celik ICT, mempunyai daya saing yang tinggi, kreatif dan berinovatif. Justeru langkah meningkatkan penggunaan dan minat terhadap teknologi pendidikan perlu dipupuk.
1. Pemupukan minat perlu dimulakan dengan resolusi daripada pihak atasan pentadbiran dalam bidang pendidikan itu sendiri. Hal ini kerana pihak atasanlah yang akan mencorak anak buah yang berada dibawah pimpinannya. Mereka perlu mendedahkan kepentingan teknologi pendidikan kepada guru, menyediakan garis panduan, peralatan teknologi dan sebagainya. Apabila segala keperluan utama ini dipenuhi maka minat itu akan hadir secara berperingkat.
2. Sebagai pendidik, kesedaran mengenai kepentingan penggunaan teknologi pendidikan dalam urusan P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti perlu dipupuk. Guru perlu menyedari dan mengetahui mengenai teknologi pendidikan yang wujud dan boleh digunakan sesuai dengan objektif pembelajaran yang digariskan. Dengan ini tidak wujudlah guru yang dikatakan seperti katak dibawah tempurung yang hanya menggunakan kaedah lapok dalam P&Pnya sehingga membuatkan pelajar bosan. Pemilihan teknologi pendidikan yang sesuai dapat menarik minat pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya akan memotivasikan guru untuk lebih bervariasi dalam menggunakan teknologi
3.kesedaran mengenai kewujudan teknologi pendidikan sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi-teknologi yang ada dengan efektif. Jika diperhatikan, pelajar sekarang sudah terdedah dengan penggunaan lambakan media teknologi seperti i-Pad, e-mobile, laman sosial dan sebagainya. oleh yang demikian, untuk mengelakkan guru mempunyai perasaan rendah diri, kemahiran mengenai teknologi perlu lebih ditingkatkan daripada pengetahuan pelajar. guru yang berkemahiran akan lebih bersemangat untuk menggunakan medium teknologi dalam proses P&P dan menggalakkan pelajar menggunakan teknologi dengan cara yang betul untuk mendapatkan manfaat yang maksima.
4. Seterusnya untuk meningkatkan minat dalam mengaplikasikan teknologi pendidikan langkah yang boleh diambil ialah guru memberi galakan dan tugasan-tugasan berkaitan sesuatu topik yang memerlukan pelajar menggunakan teknologi yang sesuai. Oleh itu, dalam menjayakan misi ini, guru perlu memberi penerangan mengenai cara penggunaan dan melaksanakan tugasan seperti yang dikehendaki supaya pelajar mempunyai gambaran dan sedikit pengetahuan untuk melakukannya. Sekiranya penerangan yang jelas dan berkesan dapat disampaikan maka pelajar akan lebih bersemangat dan berminat untuk melaksanakan tugas dan menggunakan teknologi yang dibangunkan dalam pendidikan. Melalui ruang perbincangan,blog dan seumpama dengannya juga, pelajar dapat berkongsi maklumat dan mengenali lebih ramai kawan untuk membantu mereka dalam mengulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan. Hal ini akan menggalakkan mereka untuk lebih berminat dalam menggunakan teknologi secara konsisten.
5. Selain daripada itu, minat dalam menggunakan teknologi dapat ditingkatkan dengan memperbanyakkan pertandingan-pertandingan mencipta atau inovasi. Dengan adanya usaha melaksanakan program seumpama ini, pelajar akan mendalami ilmu, mengaplikasikannya dan seterusnya mengeluarkannya ntuk menghasilkan sesuatu produk inovasi yang mempunyai ciri-ciri kreatif serta bermanfaat untuk kehidupan manusia. Dengan adanya ganjaran berupa wang, sijil dan penghargaan daripada pihak-pihak tertentu maka pelajar akan terus bermotivasi untuk maju dan berusaha dalam menghasilkan sesuatu produk baru.
NAMA SEBENAR : MASSAHARINI BINTI RAZIMIL
NOMBOR MATRIK : A133044
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : masraiza90@gmail.com
FACEBOOK : Massaharini Razimil
url
http://www.youtube.com/watch?v=vcsxB5dKJMg&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=Eniknofp0Tk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=7nw3TDkZ6C0
GE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEM 2 2011-2012 : KREATIF DAN INOVATF PEMACU PENDIDIKAN MASA DEPAN
Kreativiti dan Inovatif merupakan elemen penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran masa kini. Penggunaan teknologi digital mampu mengubah kaedah pengajaran, gaya pembelajaran dan persepsi terhadap bidang pendidikan.
Pengenalan kepada e-mobile juga banyak mengubah situasi dan kondisi pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan mengakses maklumat dengan cepat merupakan antara kriteria penting bagi para pelajar meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka hanya dengan sentuhan hujung jari sahaja.
Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris)
Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
Nama sebenar.
Nombor Matrik
Tahun Pengajian
Fakulti
Email
Facebook
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
Nama sebenar.
Nombor Matrik
Tahun Pengajian
Fakulti
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
jawapan--
1. Pemupukan minat perlu dimulakan dengan resolusi daripada pihak atasan pentadbiran dalam bidang pendidikan itu sendiri. Hal ini kerana pihak atasanlah yang akan mencorak anak buah yang berada dibawah pimpinannya. Mereka perlu mendedahkan kepentingan teknologi pendidikan kepada guru, menyediakan garis panduan, peralatan teknologi dan sebagainya. Apabila segala keperluan utama ini dipenuhi maka minat itu akan hadir secara berperingkat.
2. Sebagai pendidik, kesedaran mengenai kepentingan penggunaan teknologi pendidikan dalam urusan P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti perlu dipupuk. Guru perlu menyedari dan mengetahui mengenai teknologi pendidikan yang wujud dan boleh digunakan sesuai dengan objektif pembelajaran yang digariskan. Dengan ini tidak wujudlah guru yang dikatakan seperti katak dibawah tempurung yang hanya menggunakan kaedah lapok dalam P&Pnya sehingga membuatkan pelajar bosan. Pemilihan teknologi pendidikan yang sesuai dapat menarik minat pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya akan memotivasikan guru untuk lebih bervariasi dalam menggunakan teknologi
3.kesedaran mengenai kewujudan teknologi pendidikan sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi-teknologi yang ada dengan efektif. Jika diperhatikan, pelajar sekarang sudah terdedah dengan penggunaan lambakan media teknologi seperti i-Pad, e-mobile, laman sosial dan sebagainya. oleh yang demikian, untuk mengelakkan guru mempunyai perasaan rendah diri, kemahiran mengenai teknologi perlu lebih ditingkatkan daripada pengetahuan pelajar. guru yang berkemahiran akan lebih bersemangat untuk menggunakan medium teknologi dalam proses P&P dan menggalakkan pelajar menggunakan teknologi dengan cara yang betul untuk mendapatkan manfaat yang maksima.
4. Seterusnya untuk meningkatkan minat dalam mengaplikasikan teknologi pendidikan langkah yang boleh diambil ialah guru memberi galakan dan tugasan-tugasan berkaitan sesuatu topik yang memerlukan pelajar menggunakan teknologi yang sesuai. Oleh itu, dalam menjayakan misi ini, guru perlu memberi penerangan mengenai cara penggunaan dan melaksanakan tugasan seperti yang dikehendaki supaya pelajar mempunyai gambaran dan sedikit pengetahuan untuk melakukannya. Sekiranya penerangan yang jelas dan berkesan dapat disampaikan maka pelajar akan lebih bersemangat dan berminat untuk melaksanakan tugas dan menggunakan teknologi yang dibangunkan dalam pendidikan. Melalui ruang perbincangan,blog dan seumpama dengannya juga, pelajar dapat berkongsi maklumat dan mengenali lebih ramai kawan untuk membantu mereka dalam mengulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan. Hal ini akan menggalakkan mereka untuk lebih berminat dalam menggunakan teknologi secara konsisten.
5. Selain daripada itu, minat dalam menggunakan teknologi dapat ditingkatkan dengan memperbanyakkan pertandingan-pertandingan mencipta atau inovasi. Dengan adanya usaha melaksanakan program seumpama ini, pelajar akan mendalami ilmu, mengaplikasikannya dan seterusnya mengeluarkannya ntuk menghasilkan sesuatu produk inovasi yang mempunyai ciri-ciri kreatif serta bermanfaat untuk kehidupan manusia. Dengan adanya ganjaran berupa wang, sijil dan penghargaan daripada pihak-pihak tertentu maka pelajar akan terus bermotivasi untuk maju dan berusaha dalam menghasilkan sesuatu produk baru.
NAMA SEBENAR : MASSAHARINI BINTI RAZIMIL
NOMBOR MATRIK : A133044
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : masraiza90@gmail.com
FACEBOOK : Massaharini Razimil
url
http://www.youtube.com/watch?v=vcsxB5dKJMg&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=Eniknofp0Tk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=7nw3TDkZ6C0
Subscribe to:
Posts (Atom)