|
Bilangan
|
Visual
|
Skrip/Narrator
|
Audio
|
Duration
|
|
1.
|
-
|
Kisah ini adalah rekaan semata – mata tiada kene
mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia
|
-
|
45 saat
|
|
2.
|
-
|
-Al kisah bermula apabila seorang ibu menghantar
anaknya ke sebuah sekolah
- ibu dan anaknya tidak dipedulikan oleh guru
sebab guru sibuk bercinta cintun
( orang kata cinta pertama mcm ni lah)
|
-
|
2minit
|
|
3.
|
-
|
-Kerana terlalu asyik dibuai cinta pertama, RPH
diabaikan
(ish ish ish)
|
Ali mamak (apa nak jadi)
|
2minit
|
|
4.
|
-
|
-Ke hulur ke hilir berteman cinta, pelajar merana
kerja yang sama
|
-
|
1 minit
|
|
5.
|
Gambar patah hati
|
-putuslah cinta yang dipuja – puja
|
Toni Braxton ( unbreak my heart)
|
1minit
|
|
6.
|
-
|
- untuk mengubati kekecewaan hati, pelajar menjadi
mangsa
-pelajar diraba di sana sini
|
|
2 minit
|
|
7.
|
-
|
-pelajar ,mengadu kepada ibu bapa dan bagi
menegakkan keadilan, ibu menyerang guru ( maka jadilah perang dunia ke 3)
|
Ali mamak (apa nak jadi)
|
1 minit 15 saat
|
|
8.
|
|
-Akhirnya guru dipecat dan tammatlah sudah alkisah
seorang guru kontroversi
|
|
2minit
|
|
9.
|
-
|
Pengajaran daripada kisah ini ialah
-kita perlulajh bersifat mesra dengan ibu bapa,
tidak mencampurkan urusan peribadi dengan urusan di sekolah, kita perlu
batas2 antara guru dengan pelajar, bersikap tenang menghadapi kerenah ibu bapa
|
-
|
2minit
|
Tuesday, 22 May 2012
storyboard video
Friday, 18 May 2012
masak-masak - simple
Terus
terang je la ye..sy ni tak pandai masak sangat..kalau untuk diri sendiri tu
lepas la (kot). orang selalu kata kalau nak kakwin kena la pandai masak, nak
tambat hati suami pun kena la jage pasal makan minum die..tak kan hari-hari nak
makan dekat kedai, hari-hari makan fast food, hari-hari makan benda yang sama
je kan..lama-lama bukan kata cik abang je yang bosan, diri sendiri pun jemu.
apa kata kita ambil inisiatif masak sama-sama. secara tak langsung dapat
eratkan kasih sayang. satu perkara yang saya pernah dengar iaitu anak-anak yang
makan hasil air tangan kita pun akan jadi anak yang lebih mendengar
cakap..hehe, rase ayat macam orang da kahwin la plak..takpe-takpe, berpegang
kepada prinsip belajar dari sekarang, nanti tak de la kekok sangat kalau suami
suruh masak. satu lagi faedah bila da belajar dari awal memang tak dapat
dinafikan boleh la tolong mak kat dapur sediakan makanan.
so moh
le kite belajar beberapa resepi ringkas ni, nanti boleh la try.
Masak asam
pedas
Bahan-bahan
a)
Bawang besar
b)
Cili kering kisar
c)
Serai
d)
Belacan (pilihan)
e)
Air asam jawa/asam keping
f)
Daun kesum
g)
Bunga kantan
h)
Air
i)
Ikan
j)
Tomato (pilihan)
Cara-cara
1.
Tumbuk bawang
2.
Kalau nak tumis panaskan minyak n tumis a + d
3.
Masukkan air dan semua bahan lain kecuali j
4.
Dah mendidih-masukkan j n garam
5.
Siap
*pilihan
– tambah kiub pati ayam/pak aji
Sup
Bahan-bahan
a) Bawang besar
b) Bawang putih
c) Halia
d) Bunga lawang
e) Kulit kayu
manis
f) Jintan(manis+putih)/sup
bunjut
g) Lauk (ayam/ikan/daging)
h) Air
i) Kentang
j) Lobak merah
k) Daun sup
l) Daun bawang
m) Bawang goring
n) minyak
Cara-cara
1. Tumbuk/hiris
a+b
2. Halia (potong
ikut suka atau nak tumbuk sedikit bagi pecah)
3. Panaskan
minyak utk menumis
4. Minyak da
panas - tumis 1, d, dan e
5. Masuk f,
g + h
6. Masuk kentang+lobak
merah – bubuh garam
7. Da mendidih
tutup api, masukkan k + l
Kari
Bahan-bahan
a) Bawang besar
b) Bawang putih
c) Halia
d) Daun kari
e) Bunga lawang
f) Kulit kayu
manis
g) Serbuk kari
h) Cili kering
kisar
i) Air
j) Santan/susu
cair
k) Air asam
jawa/asam keping
l) Minyak
m) Kentang
n) Sayur (lobak/kacang
panjang/ terung/ bendi..)
o) Bahan utama(ikan/ayam/daging/...)
Cara-cara
1. Hiris a,b,c
2. Panaskan
minyak – tumis 1 + d,e,f hingga kekuningan
3. Bancuh (g,h
+i) – tumis sampai pecah minyak
4. Masukkan
o
5. Masukkan
j (boleh cmpur air kalau nak untuk kurangkan kepekatan kari)
6. Masukkan
m,n..k + perasa
Masak kicap
Bahan-bahan
a) Bawang besar
b) Bawang putih
c) Bunga lawang
d) Kulit kayu
manis
e) Kicap
f) Air
g) Bahan utama(ikan/ayam)-goreng
dulu (daging)-rebus dulu
h) Soon
i) minyak
Cara-cara
1. panaskan
minyak-tumis a,b yang dihiris/tumbuk + c,d
2. bubuh
kicap + bahan utama
3. masukkan
air(sukatan bergantung kepada selera anda) (kalau nak bubuh soon air kena bubuh
lebih sebab soon serap air)
4. masukkan
h/kentang/pilihan lain..
5. kalau
nak pedas letak cili api (belah dua/tumbuk sikit)
6. bila da
mendidih boleh tutup api n hidangkan –hias ikut suka anda(daun bawang/daun
sup/bawang goreng..)
Masak lemak cili api
Bahan-bahan
a) Cili api
b) Bawang besar
c) Serai
d) santan
e) Pilihan lauk
(ayam/daging/ikan/ketam..)
+ serbuk kunyit
Cara-cara
letak dalam periuk |
2. Titik serai
3. Masukkan santan dan pilihan
lauk
4. Kacau sentiasa sampai
mendidih
Lemak putih (untuk masak sayur)
Bahan-bahan
a) Perencah(ikan
bilis/ayam)
b) Bawang besar
c) Santan
d) Sayur (toge/kobis/sawi,petola, labu..)
Cara-cara
1. Masukkan
bahan 1,2 & 3 –kacau sampai mendidih
2. Dah nak
mendidih masuk 4 (sayur x perlu masak lama sangat)
Thursday, 17 May 2012
LIKU KEHIDUPANKU
i can't describe this feeling..
satu ayat yang dapat saya ungkapkan buat masa ni.
Saya bersyukur dan dalam masa yang sama malu yang teramat..
namun ingin saya sampaikan ucapan terima kasih kepada teman yang memberi kata-kata semangat kepada saya. Ye,saya sedar dan berpegang kepada perancangan Allah adalah lebih baik untuk diri saya. saya berharap hikmah daripada apa yang berlaku ini akan menjadi sesuatu yang positif untuk diri dalam menjalani kehidupan yang seterusnya. moga diri akan menjadi lebih bermotivasi dan berusaha lebih gigih.
Mungkin ramai yang tidak memahami apa yang ingin saya sampaikan, tetapi ianya tidak mengapa kerana pepatah ada mengatakan 'berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul'
untuk diri saya dan orang lain yang sudi membaca entry ini:
"tak perlu takut pada bayangan, kerana beyangan bermakna ada suatu cahaya yang bersinar berdekatannya" DAN "Allah lebih mengetahui segala sesuatu"
Tuesday, 15 May 2012
ESEI TEKNOLOGI
MODEL
PEMILIHAN DAN PENGGUNAAN MEDIA SERTA BAHAN SUMBER ICT DALAM PEMBESTARIAN
PEMBELAJARAN
HUBUNGAN
ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG BERUPA ICT DALAM PENGAJARAN DENGAN
MINAT PELAJAR
1.0 PENDAHULUAN
Pembangunan peradaban manusia pada zaman ini dicorakkan oleh
revolusi maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi
maklumat dan komunikasi ( ICT). Kini
dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT, auranya sudah dapat di
rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke peringkat globalisasi.
Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan penggunaan ICT dalam
pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan. Dalam usaha merapatkan jurang
digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan
bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah.
Oleh itu, pelbagai
pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan
kebolehan
pelajar digunakan untuk mencapai hasil
pembelajaran melalui penekanan penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan
juga haruslah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jika dilihat daripada skop pengajaran dan pembelajaran pula, Penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Antara perkara penting yang perlu
diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada
guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja
ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi
bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Oleh sebab itu, ICT dilihat
sebagai salah satu komponen penting yang dapat membantu meningkatkan minat
pelajar dalam pembelajaran.
Berbagai-bagai kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan
powerpoint, filem, multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul
halim 2008) juga pernah mengatakan bahawa
“Pelbagai perisian yang digunakan
mampu menambah pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan pengalaman
bermakna,meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari bidang ilmu seperti
Sains dan Matematik.
Masa kini, pelajar sekolah lebih
banyak menggunakan ICT hanya untuk melayari laman sembang sosial sahaja seperti
facebook, twitter, my space dan sebagainya.
Fenomena
seperti
ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen
2007). Seharusnya minat pelajar ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para
guru atau ibu bapa untuk mendidik palajar tersebut agar menggunakan manfaat
ICT ke arah penggunaan yang betul dan
seterusnya memberikan impak positif kepada diri pelajar tersebut. .
Menurut Alessi dan Trollip (2001)
pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu
ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana
jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber
tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan
menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh
disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru.
Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pengajaran menjadikan proses pengajaran menjadi bertambah seronok dan
bermakna untuk pelajar, serta memudahkan pelajar. Cuma apa yang perlu di
berikan perhatian adalah tentang teknik atau kaedah yang digunakan, supaya
tidak membebankan pelajar.
2.0 LATARBELAKANG KAJIAN
Dalam kajian yang telah kami lakukan, kami telah
menggunakan Model ASSURE sebagai petunjuk arah dalam menjalankan kajian kami di
mana dalam kajian kami, kami telah melakukan kajian bagi mengukur dan melihat
minat pelajar sekolah menengah melalui penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Berdasarkan Model ASSURE, model ini dapat digunakan
bagi membantu guru memilih dan menentukan penggunaan pelbagai jenis media dalam
pengajaran pada tahap optima. Model ini lebih memberi petunjuk kepada guru
untuk merancang, melaksana dan menilai pengajaran menggunakan media dan bahan
sumber yang lain dan dalam kajian kami, bahan sumber yang kami tekankan adalah
secara umum iaitu ICT di mana ICT ini boleh merangkumi bentuk peralatan dan
sistem yang digunakan untuk memperoleh, memproses dan menggunakan maklumat
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Berdasarkan Model ASSURE ini juga,
kami telah menggunakan enam langkah yang telah disenaraikan dalam model ini
iaitu analisis ciri – ciri pelajar, nyatakan objektif pengajaran, pilih kaedah,
media dan bahan, penggunaan media dan bahan, penglibatan pelajar dan penilaian
serta semakan semula. Langkah pertama iaitu analisis ciri – ciri pelajar. Dalam
menganalisis ciri – ciri pelajar, kami fokuskan kepada pelajar tingkatan tiga
di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin Dua Kajang . Ciri – ciri pelajar
yang kami tetapkan adalah secara umum iaitu pelajar adalah terdiri daripada
pelbagai kaum, bangsa dan agama. Kebanyakkan pelajar menguasai gaya
pembelajaran bebas di mana semua pelajar berinteraksi secara bebas mengenai
pembelajaran yang dipelajari apabila guru – guru mereka menggunakan ICT dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi berinteraksi secara kawalan oleh guru –
guru mereka.
Seterusnya ialah nyatakan objektif
pengajaran di mana melalui objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru,
guru mengajar menggunakan perisian ICT yang betul dan sesuai dengan isi
pengajaran. Ciri yang seterusnya ialah pilih kaedah, media dan bahan sumber di
mana melalui ciri ini, guru memilih bahan berdasarkan media dan bahan sumber –
sumber yang sedia ada seperti animasi, video, tayangan power point dan
sebagainya sebelum sesi pembelajaran bermula dan bagi mendapatkan hasil yang
mantap sebelum pembelajaran bermula, guru di sekolah tersebut akan menjalankan
langkah – langkah yang seterusnya seperti pilih, ubahsuai bentuk sumber yang
ingin digunakan.
Bagi menentukan bahan sumber adalah
yang terbaik, lima langkah perlu diikuti seperti meneliti semula bahan sumber,
penyediaan bahan sumber, penyediaan persekitaran, penyediaan pelajar dan
terakhir ialah pelaksanaa pengajaran di dalam kelas.
Ciri yang seterusnya ialah
penglibatan pelajar. Sepanjang pemerhatian yang kami lakukan di sekolah
tersebut, kebanyakkan pelajar telah melibatkan diri mereka secara aktif
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kemudian, ciri yang seterusnya
ialah penilaian dan semakan semula. Dalam ciri ini, penilaian ini telah
dilakukan selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran dan penilaian ini
adalah bertujuan untuk mengukur minat pelajar dan juga untuk menilai
keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran. Hasil penilaian kami, kebanyakkan
pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi apabila guru menggunakan ICT dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Secara kesimpulannya, melalui Model
ASSURE, penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam menarik
minat pelajar dalam sesi pengajaran adalah tepat di mana dalam kajian yang kami
lakukan menunjukkan hasil yang bertepatan dengan apa yang dinyatakan dalam
Model ASSURE.
3.0 PENYATAAN MASALAH
Sistem pendidikan di Malaysia sangat mementingkan
untuk melahirkan insan yang berjaya dari segi akademik. Walaubagaimanapun,
kejayaan pelajar dalam bidang akademik bermula dengan usaha menarik minat
pelajar terhadap sesuatu subjek.
Terdapat segelintir guru yang merasakan mengajar
merupakan sesuatu yang mencabar sehingga sukar untuk membantu pelajar memahami
apa yang ingin disampaikan. Persoalannya mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah
subjek yang diajar itu merupakan satu subjek yang sangat sukar sehingga
dianggap silibus itu hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang mempunyai IQ
yang tinggi atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru serta pemilihan
bahan bantu mengajar yang tidak berkesan? Pengajaran bukanlah suatu tugas yang
sukar kepada guru kerana mereka telahpun mendapat latihan selama 4 tahun
sebelum bergelar guru. Guru perlu memastikan bahawa pelajar dapat memahami isi
kandungan silibus matapelajaran kerana konsep dan kemahiran yang diajar
merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Oleh yang demikian,
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memikirkan cara yang terbaik dengan
berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha menyediakan bahan bantu mengajar
yang dapat membantu dan memudahkan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
menjadi seronok kepada pelajar yang seterusnya membantu dalam proses peningkatan minat dan kefahaman pelajar.
Begitu juga halnya dengan terdapat pelajar yang
mengeluarkan kenyataan bahawa pengajaran adalah sesuatu yang membosankan,
mengelirukan dan membebankan mereka. Hal ini demikian kerana guru hanya
mengajar menggunakan buku teks semata-mata dan hanya menyampaikan pengajaran
menggunakan kaedah kuliah tanpa melibatkan penyertaan pelajar dalam proses
P&P tersebut. Seseorang guru perlu sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari
sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah
Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990). Jadi, guru perlu sedaya upaya untuk mencari
rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan
dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pengetahuan guru dalam menggunakan bahan yang
dipilih dan penggunaan pelbagai teknik P&P, pemberian latihan yang
berperingkat-peringkat dan bermakna mengikut tahap kebolehan, pengalaman dan
minat pelajar perlu diambil kira semasa memilih bahan yang ingin digunakan.
Guru perlu memikirkan tentang faedah yang diperoleh pelajar hasil penggunaan
bahan tersebut. Hal ini bertujuan untuk
mengekalkan minat pelajar terhadap kandungan pelajaran yang ingin disampaikan
dan seterusnya dapat menyediakan pelajar yang mempunyai motivasi kendiri untuk
terus belajar dengan bersungguh-sungguh.
Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai
sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut:
a.
Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang
diharapkan.
b.
Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
c.
Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang
diperlukan
dalam penggunaannya.
d.
Dibuat dengan perincian yang tepat.
e.
Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun
hilang.
f.
Rupa bentuk dan warna yang menarik
g.
Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah
h.
Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.
i.
Mudah diubah alih dan dipasang semula.
j.
Fleksible dan pelbagai guna.
k.
Operasinya mudah
l.
Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan
semasa
demonstrasi dalam kelas.

4.0 KAEDAH KAJIAN
Dalam usaha kami menjalankan kajian
yang bertujuan mengkaji hubungan antara penggunaan bahan bantu mengajar yang
berupa ICT dalam pengajaran dengan minat pelajar, kami terlebih dahulu
mengenalpasti responden yang akan kami kaji. Kemudian kami telah memikirkan
kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang
diperlukan untuk menyelesaikan kajian ini.
Kaedah soal selidik merupakan kaedah
yang popular dikalangan penyelidik untuk mendapatkan data mengenai perkara yang
ingin dikaji. Oleh yang demikian kami telah merangka sebanyak 26 soalan untuk
dimuatkan dalam borang soal selidik yang kami edarkan kepada responden yang
telah dikenalpasti. Kami menemui dan menjalankan soal selidik ini terhadap
responden yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2.
Responden kami terdiri daripada seramai 20 orang yang berusia dalam lingkungan
15 dan 17 tahun iaitu mereka yang menduduki tingkatan 3 (10 orang) dan
tingkatan 5 (10 orang). Kaedah ini merupakan cara yang cepat untuk kami
mendapatkan data, namun selepas soal selidik yang diberikan kepada responden
dikembalikan semula kepada kami, kemudiannya kami membuat analisa berdasarkan
jawapan-jawapan responden.
Kaedah lain yang kami gunakan adalah
pemerhatian iaitu melihat sendiri bagaimana guru menjalankan pengajaran di
dalam kelas, bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan dan memerhati
tingkahlaku pelajar semasa sesi P&P sedang berjalan. Selain itu kami turut
membuat sesi temubual dengan beberapa orang guru mengenai cara-cara mereka
memilih bahan bantu mengajar untuk digunakan di dalam P&P dan respon yang
diberikan pelajar serta pencapaian mereka di dalam kelas.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Pada keseluruhannya penganalisaan dapatan kajian ini
dibahagikan kepada tiga bahagian :
a) Hubungan
di antara minat dengan penggunaan ICT dalam pengajaran
b) Ciri-ciri
Bahan Bantu Mengajar yang sesuai
c) Jenis-jenis
bahan bantu mengajar ICT yang dapat menarik minat pelajar
Terdapat
seramai 20 orang responden yang dikehendaki memberi jawapan kepada item-item
yang telah dikemukakan. Item
1 hingga 15 untuk mendapatkan data tentang minat pelajar terhadap penggunaan
ICT. Data tentang ciri Bahan
Bantu Mengajar yang sesuai dan
jenis bahan bantu mengajar ICT yang menjadi pilihan pelajar terdiri dari item 1
hingga 4 dan item 1 hingga 5 di bahagian B.
Bahagian
A : Hubungan di antara minat dengan penggunaan ICT
Kami menyenaraikan
tahap persetujuan responden terhadap hubungan di antara minat pelajar dengan
penggunaan ICT dalam pengajaran dalam satu susunan jadual dan item – item yang digunakan
ialah bersifat positif
dan negatif.
|
No. soalan
|
STS
|
TS
|
SE
|
S
|
SS
|
|
1
|
0
|
0
|
2
|
12
|
6
|
|
2
|
2
|
8
|
4
|
6
|
0
|
|
3
|
0
|
4
|
4
|
10
|
2
|
|
4
|
0
|
0
|
2
|
10
|
8
|
|
5
|
0
|
0
|
4
|
8
|
8
|
|
6
|
6
|
10
|
4
|
0
|
0
|
|
7
|
0
|
2
|
2
|
12
|
4
|
|
8.
|
1
|
0
|
1
|
7
|
1
|
|
9.
|
0
|
1
|
5
|
3
|
1
|
|
10.
|
3
|
6
|
1
|
0
|
0
|
|
11.
|
1
|
6
|
1
|
2
|
0
|
|
12.
|
0
|
0
|
1
|
9
|
4
|
|
13.
|
0
|
0
|
1
|
5
|
4
|
|
14.
|
0
|
1
|
4
|
5
|
0
|
|
15.
|
0
|
1
|
2
|
6
|
1
|
Jadual 1.1 : Data jawapan responden untuk bahagian A
Bahagian
B : Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai
NO.SOALAN
|
STS
|
TS
|
SE
|
S
|
SS
|
1
|
0
|
0
|
2
|
12
|
6
|
2
|
0
|
2
|
2
|
12
|
4
|
3
|
0
|
0
|
0
|
16
|
4
|
4
|
0
|
0
|
2
|
16
|
2
|
Jadual
1.2 : Data jawapan responden untuk bahagian B (ciri Bahan Bantu Mengajar ICT)
Bahagian
B : Jenis Bahan Bantu Mengajar ICT
No soalan
|
STS
|
TS
|
SE
|
S
|
SS
|
1
|
2
|
4
|
6
|
4
|
4
|
2
|
0
|
0
|
6
|
10
|
4
|
3
|
0
|
2
|
4
|
6
|
8
|
4
|
0
|
0
|
2
|
6
|
12
|
5
|
0
|
0
|
4
|
6
|
10
|
Jadual
1.3 : data jawapan responden untuk bahagian B (jenis bahan bantu mengajar ICT)
6.0 ANALISIS DATA
Soal
selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripada
responden.
Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untuk memastikan
pelajar mengikut
arahan
yang diberikan.
|
No.soalan
|
Positif (%)
|
Negatif (%)
|
|
1.
|
100
|
0
|
|
2.
|
50
|
50
|
|
3.
|
80
|
20
|
|
4.
|
100
|
0
|
|
5.
|
100
|
0
|
|
6.
|
20
|
80
|
|
7.
|
90
|
0
|
|
8.
|
90
|
10
|
|
9.
|
90
|
10
|
|
10.
|
10
|
90
|
|
11.
|
30
|
70
|
|
12.
|
100
|
0
|
|
13.
|
100
|
0
|
|
14.
|
90
|
10
|
|
15.
|
90
|
10
|
Jadual
2.1 : analisis data bahagian A

Rajah 1.1: analisa data bahagian A
Berdasarkan analisis data di atas boleh dilihat
untuk soalan bernombor 1, 4, 5, 12 dan 13 semua responden (100%) berada di
bahagian positif yang menunjukkan responden membulatkan lebih kepada serdahana,
setuju dan sangat setuju. Seterusnya dapat dilihat lima soalan (7, 8, 9, 14,
15) peratus di bahagian positif adalah 90% menunjukkan 19 orang responden
menjawab pada serdahana, setuju dan sangat setuju. Akhir sekali, soalan
bernombor tiga mendapat peratusan tinggi yang menjurus kepada positif iaitu
sebanyak 80%.
Dalam kajian ini
juga, terdapat sebilangan pelajar yang menunjukkan minat yang tinggi terhadap
penggunaan ICT dalam sesi pengajaran. Seperti yang dapat dilihat dalam rajah di
atas, sebanyak 10 peratus yang memberikan
respon bagi soalan nombor 10 iaitu ‘Penggunaan
ICT dalam pengajaran oleh guru tidak langsung menarik minat saya pada sesuatu
matapelajaran’.
Manakala bagi nombor soalan 11 sebanyak 30 peratus
menunjukkan pelajar minat terhadap penggunaan ICT.
Bahagian
B : Ciri-ciri bahan bantu mengajar yang sesuai.
Peratusan
(%)
No. soalan
|
Negatif (%)
|
Positif (%)
|
1
|
0
|
100
|
2
|
10
|
90
|
3
|
0
|
100
|
4
|
0
|
100
|
Jadual
2.2 : Analisa data bahagian B (Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar ICT)

Rajah
1.2 : Analisa data bahagian B ( Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar ICT)
Berdasarkan jadual di atas , di dapati hampir keseluruhan responden bersetuju
menyatakan bahawa kesemua ciri-ciri bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sangat sesuai.Bagi soalan pertama ,
ketiga dan keempat peratusannya mencapai tahap paling maksimum iaitu sebanyak
100 peratus , dan ini bermakna kesemua responden bersetuju menyatakan bahawa
bahan bantu mengajar ICT yang di gunakan oleh guru sangat sesuai dengan isi
pengajaran yang di sampaikan, dapat menarik perhatian pelajar serta kemas dan
mudah untuk di gunakan. Soalan no. 2 pula berkenaan tentang sama ada bahan
bantu mengajar ICT yang digunakan oleh
guru tersebut dapat dilihat dengan jelas atau tidak telah
mencatatkan peratusan sebanyak 90 peratus responden bersetuju , dan 10
peratus responden tidak setuju.
Bahagian
B : Jenis Bahan Mengajar ICT
Peratusan
( % ) :
No soalan
|
Negatif (%)
|
Positif (%)
|
1
|
30
|
70
|
2
|
0
|
100
|
3
|
10
|
90
|
4
|
0
|
100
|
5
|
0
|
100
|
Jadual
2.3 : Analisa data bahagian B ( Jenis Bahan Bantu Mengajar ICT)

Rajah 1.3 : Analisa data bahagian B
(Jenis Bahan Bantu Mengajar ICT)
Bagi penggunaan bahan pengajaran berbentuk
slaid,video dan multimedia, hasil daripada analisis data yang berjaya dikumpul
menunjukkan 100% pelajar berasa seronok apabila bahan ini digunakan oleh guru
semasa mengajar.Bagi bahan pengajaran berbentuk carta seramai 70% pelajar menyukai apabila guru
menggunakannya sebaliknya 30% tidak suka menggunakan bahan ICT berbentuk carta
dan sebanyak 90% pelajar menyukai bahan pengajaran yang digunakan berbentuk
audio dan baki 10% lagi tidak menyukai bentuk bahan pengajaran ini.
7.0
PERBINCANGAN
Minat yang mendalam terhadap penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang sesuatu
subjek. Dalam erti kata lain, pelajar yang meminati ICT tidak akan menganggap sesuatu subjek
sebagai suatu yang susah atau membosankan. Pelajar akan merasakan
bahawa penggunaan ICT berupaya menjadikan aktiviti pembelajaran sebagai
sesuatu yang menyeronokan.
Jadi tujuan kajian ini dilakukan adalah
untuk menentukan adakah penggunaan ICT yang digunakan sebagai Bahan Bantu
Mengajar itu merupakan salah satu cara yang dapat menarik minat pelajar-pelajar ini supaya
meminati sesuatu subjek atau sekurang-kurangnya dapat membangkitkan motivasi
untuk meminati sesuatu subjek yang diajar.
Kaedah yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah pemerhatian dan soal selidik.
Seramai 20 orang responden terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan dua, Sek.
Keb. Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor dipilih untuk menjadi responden.
7.1
Hubungan antara penggunaan ICT dengan minat pelajar
Berdasarkankan kepada jadual 2.1,
dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ICT dapat meningkatkan minat
pelajar terhadap sesuatu subjek. Didapati sebahagian besar pelajar memberi
respon positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sesuatu subjek. Mereka
meyokong serta memberi sambutan yang baik terhadap penggunaan ICT kerana bagi mereka tanpa ICT proses
pengajaran dan pembelajaran adalah membosankan. Berdasarkan peratusan yang
diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan ICT sebagai bahan bantu
mengajar dapat membantu menarik minat pelajar tingkatan 3 SMK Taman Jasmin 2 terhadap
pembelajaran.
Keputusan ini selari dengan kajian yang
telah dijalankan oleh Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997,
m.s 18). Beliau mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat menimbulkan kesan positif seperti pelajar lebih berminat dengan
pengajaran dan pengajar.
Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan
pelajar berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam sesuatu subjek telah mendorong dan memotivasikan diri
mereka, menimbulkan rasa seronok dan menjadikan diri mereka lebih rajin untuk belajar. Dapatan kajian ini juga
menjelaskan bahawa ICT memainkan peranan yang penting dalam menarik minat para pelajar terhadap
pembelajaran. Hal ini selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Dale
(1963, m.s 67) iaitu beliau mengelaskan tujuh nilai penting tentang penggunaan
Bahan Bantu Mengajar iaitu salah satunya menyatakan bahawa penggunaan Bahan
Bantu Mengajar boleh merangsang minat yang tinggi di kalangan para pelajar dan
minat merupakan satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Dapatan ini
juga turut disokong oleh dapatan kajian oleh Rulon dan Arnspinger (1998, dalam
Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20). Mereka juga turut bersetuju bahawa
penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsang pemikiran dan pemahaman serta lebih
banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh pihak pelajar itu sendiri.
7.2
Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai
Pada keseluruhannya pelajar menyatakan
Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh
guru
mereka adalah sesuai, jelas, menarik perhatian dan kemas. Namun begitu mereka
tidak menafikan kadang kala ada di antara Bahan Bantu Mengajar tersebut tidak
memenuhi keempat-empat ciri yang digariskan secara serentak. Ini dapat dilihat
pada bilangan pelajar yang memberi respon kepada item yang terdapat pada borang
soal selidik. Di mana masih ada pelajar yang memberi jawapan negatif tetapi
bilangannya tidaklah ramai. Berdasarkan Jadual 2.2 dan rajah 1.2, untuk ciri
kesesuaian 100% pelajar bersetuju
menyatakan bahan bantu mengajar ICT yang digunakan oleh guru sesuai dengan isi
pengajaran yang disampaikan.
Manakala dari segi kejelasan pula
seramai 10% menafikan bahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunakan itu jelas. Ini
mungkin disebabkan faktor jarak antara pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar
berkenaan, contohnya peta atau carta. Mungkin bagi pelajar yang duduk di
bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk
di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan.
Seterusnya dapatan kajian menunjukkan
kesemua pelajar bersetuju menyatakan bahan bantu mengajar ICT yang digunakan
oleh guru dapat menarik perhatian pelajar, kemas dan mudah digunakan.
7.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Mengikut
Pilihan Pelajar
Hasil kajian menunjukkan wujud variasi peralatan
Bahan Bantu Mengajar yang diminati dan dipilih oleh pelajar. Berdasarkan Jadual
2.3 dan Rajah 1.3 , di mana 100% pelajar lebih cenderung memilih bahan ICT
berbentuk slaide,video dan multimedia sebagai pilihan utama mereka. Ini selari
dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin berpengaruh dalam
kehidupan kita hari ini. Kaedah pengajaran dengan menggunakan ICT dapat
meningkatkan motivasi dan minat pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian yang
dibuat oleh Jonassen (1998, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s.
75), beliau mendapati bahan pengajaran melalui ICT memberikan motivasi
yangtinggi kepada pelajar untuk belajar.
Terdapat banyak perisian pendidikan yang
mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks,
bunyi dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer
serta menerima maklumbalas daripadanya. Ciri interaktif yang ada dalam perisian
komputer berpotensi meningkatkan motivasi belajar.
Begitu juga penggunaan video kerana bahan
ini mudah didapati dan menarik serta sesuai untuk pelajar yang belajar
menggunakan kaedah penglihatan dan pendengaran. Bahan video seperti vcd
mengenai pendidikan banyak disediakan di pusat sumber negeri. Pihak sekolah
boleh
mendapatkan
salinannya dari sana ataupun dibeli dari pasaran. Bahagian TV Pendidikan pula
menyediakan banyak rancangan pendidikan yang disiarkan melalui ASTRO.
Bagi bahan bantu mengajar yang
menggunakan carta sebanyak 70% pelajar berminat terhadap bahan yang ini.
Sebaliknya sebanyak 30% pelajar lagi tidak meminati jenis bahan ini. Hal ini
mungkin disebabkan pelajar ini tidak menguasai cara untuk menganalisis carta.
Manakala jenis bahan bantu mengajar yang kurang mendapat sambutan daripada
pelajar juga adalah bahan audio iaitu 90% pelajar sahaja yang menyukai bahan
jenis ini dan selebihnya 10% tidak menyukainya.
Walau apapun bahan Bahan Bantu Mengajar
yang digunakan jika guru tahu mengendalikannya dengan baik akan menarik minat
pelajar untuk terus mengikuti pengajarannya. Hasil penemuan ini turut di sokong
oleh dua orang pengkaji berikut iaitu Naim Ahmad(1989, m.s. 64) dan Nurudin
Jamin (1983, dalam Hasimah Yassim, 2000 m.s.12). Naim Ahmad telah merumuskan
hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajar iaitu mempelbagaikan media
pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan dalam diri pelajar. Manakala
dalam kajian Nurudin pula, beliau mendapati bahawa model buatan berjaya menarik
minat para pelajar disebabkan keadaannya 3 dimensi. Minat ini patut
dieksploitasikan untuk menggerakkan perasaan
ingin
tahu dan imaginasi pelajar.
8.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang kami
jalankan dapat disimpulkan bahawa kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan
melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran. Secara keseluruhannya pelajar
berpendapat penggunaan ICT di dalam pengajaran berupaya menarik minat mereka
untuk belajar. Dengan Kata lain, memang wujud hubungan positif antara
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan minat pelajar.
Bahan Bantu Mengajar berunsur ICT seperti audio, video, multimedia yang
digunakan oleh guru dapat mengelak pelajar daripada cepat bosan ketika belajar.
Bahan Bantu Mengajar menggunakan ICT
yang baik mestilah memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan. Kesesuaian bahan
ICT yang digunakan dengan isi pelajaran yang diajar adalah sangat penting
supaya pelajar dapat menerima dengan jelas setiap isi pelajaran yang ingin
disampaikan. Selain itu juga, kejelasan, menarik dan kekemasan sesuatu Bahan
Bantu Mengajar ICT perlulah berjaya
memenuhi setiap keperluan pelajar. Jika tidak memenuhi ciri-ciri yang telah
ditetapkan maka tidak tercapailah matlamat penggunaan ICT tersebut bagi menarik
minat pelajar untuk belajar.
Jelaslah di sini jenis Bahan Bantu Mengajar ICT yang paling diminati
pelajar adalah berbentuk slaid, audio dan multimedia. Walaubagaimanapun, kita
tidak boleh mengambil kira apa jua jenis ICT yang digunakan oleh guru untuk
membantu sesi pengajaran tetapi penggunaan ICT tersebut perlulah mampu untuk
mencapai matlamat dan mewujudkan suasana yang memberangsangkan minat pelajar.
RUJUKAN
Siti
Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2010. Perspesi
guru terhadap penggunaan bahan
Bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam
pengajaran J – Qaf. Journal of
Islamic and Arabic Education. 2 ( 2
) . 53 – 64.
Hanim
Sulaiman & Hairulniza Zakaria. Pembangunan
perisian pembelajaran berpandukan
computer ( PBK ) bagi tajuk pecahan tingkatan satu
berdasarkan model pembelajaran
ASSURE. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd
Arif Ismail. Model Pemilihan dan
penggunaan media serta bahan sumber ICT dalam
Pembestarian pengajaran.
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Mohd
Arif Ismail. 2006. Aplikasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan
Pembelajaran.
Fakulti Pendidikan . Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Rozinah
Jamaludin. 2005. Multimedia dalam
pendidikan. Utusan Publication Distributor
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Sharifah
Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap penguasaan penggunaan ICT
Dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan
tingkah laku murid prasekolah
. Jurnal Pendidikan Malaysia. 36 ( 1
) : 25 – 34.
Siti
Fauziah Abd Aziz. 2007. Tahap penggunaan
teknologi maklumat sebagai pemudah
Komunikasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) dalam kalangan
pensyarah Politeknik.
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional. UTHM.
Rosnaini
Mahmud & Mohd Arif hj Ismail. 2010. Impact
of training and experience in using
ICT on in – service teacher basic teacher’s.
Malaysian Journal Educational Technology.
10 ( 2 ) : 5-10.
Subscribe to:
Posts (Atom)








