Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Tuesday, 24 April 2012

Muhasabah

jika kita rasa sakit, penat, buntu dan sebagainya..
pandanglah ke sungai yang airnya tetap mengalir,
biarpun berjuta batu menghalang..
~Belajarlah BERSYUKUR walaupun KEKURANGAN

~Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA

~Belajarlah TAAT walau BERAT

~Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI

~Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN

~Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA

~Belajarlah MENGASIHI walau DISAKITI

~Belajarlah TENANG walau kita sedang GELISAH

~Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH


-percayalah bahawa Allah SWT selalu di samping kita..-

Monday, 23 April 2012

3 soalan 1 penampar

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?


Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.




Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...



Tuesday, 17 April 2012

MASA

NILAI, ISU & CIRI-CIRI MASA.
‘Masa anugerah Allah kepada Manusia.’
Ciri-ciri Masa
1.masa yang terlepas tidak akan kembali.
2.masa sentiasa bergerak
3.masa yang akan datang belum tentu menjadi milik kita
4.manusia hanya memiliki masa pada dan ketika itu.
Pandangan Tentang Definisi Masa.
-masa itu ‘LINEAR’-(Sir Isaac Newton)
1.masa sebagai sebahagian daripada struktur alam.
-ada awl dan ada akhirnya.
2.masa sebagai ‘benda yang objektif’
-masa boleh diukur
-masa sebagai SISTEM UKURAN MINDA
Pengertian Konsep Masa Dalam Pelbagai Bidang
SAINS FIZIK
Konsep masa dalam sains fizik bermula sejak zaman Newton sehinggalah zaman Einstein.
masa dianggap ‘mutlak’ dan ‘tetap’
Einstein-masa dalam konsep kemalaran dan batas kelajuan cahaya.
BIDANG PSIKOLOGI
Menerangkan masa dari segi emosi dan perasaan dalam mengharungi suatu tempoh masa
PERSPEKTIF BUDAYA.
1.kaum Hopi-tiada konsep masa yang menjurus.
2.rakyat Amerika Syarikat-masa adalah wang
3.rakyat Jepun-penting menepati masa.
Pengertian Masa Dari Perspektif Islam.
1.nilai masa
2.nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang
3.penetapan masa untuk beribadat
“so glory be to Allah when you enter the night and when you rise in the morning-unto Him be praise in the heavens and on the earth!-and at the sun’s decline and in the noon”
[surah Ar Rum: 17-18]
Nasihat Tentang Penggunaan Masa
-konsep peningkatan diri mengikut peredaran masa.
-konsep nasihat-menasihati dalam masalah masa
“kewajipan lebih banyak dari masa. bantulah orang lain agar mereka memanfaatkan masa mereka. jika kamu ada urusan (peribadi) lakukanlah dengan ringkas.
-konsep merebut peluang ketika masanya.
sabda rasullullah: rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:-
masa hidup sebelum mati.
masa kaya sebelum miskin.
masa lapang sebelum sibuk.
masa muda sebelum tua.
masa sihat sebelum sakit.