Tuesday, 19 June 2012

Alhamdulillah. suara hati,rintihan ibu bapa di Autisma Malaysia didengari demi untuk menegakkan keperluan anak-anak syurga mereka.

"Alhamdulillah - Our prayers have been answered. Many children with autism can really benefit from this..."(Hayati Jaafar)


Namun dengan adanya idea ini terdapat pro dan kontranya kerana kewujudan sekolah ini bermaksud akan berlaku pengasingan terhadap pelajar istimewa ini. walhal pendidikan di luar negara mahupun di Malaysia sendiri kearah untuk memberi fokus kepada pendidikan inklusif kerana sebagaimana yang diketahui inklusif mendatangkan banyak manfaat.


"..anak2 autisme tidak boleh ditempatkan sesama mereka sahaja sbb mereka perlukan pergaulan dgn budak normal utk mereka teladani"





Walau apa pun, diharap banyak lagi kemudahan dan prasana disediakan untuk golongan istimewa yang terdiri dari pelbagai kategori..pokok pangkalnya dalam penyediaan kemudahan ini pihak yang menyediakan perkhidmatan perlulah mengambil kira tentang keperluan OKU. Hal ini perlu kerana tiada apa yang perlu dikejar sama ada 'kuasa', 'pangkat' atau 'populariti' kerana apalah gunanya perkhidmatan yang canggih manggih dan bernilai jutaan ringgit dibina jika tidak boleh digunakan oleh OKU sedangkan matlamat utama penyediaan perkhidmatan ini adalah untuk kegunaan OKU demi memenuhi keperluan dan memudahkan perjalanan hidup mereka. keadaan ini bertepatan dengan gerakan'nothing about OKU without OKU..justeru, pihak yang terlibat perlulah menjalankan penyelidikan tentang apa yang diperlukan OKU sebelum membuat tindakan menyediakan sesuatu untuk golongan ini..

No comments:

Post a Comment