Sunday 29 April 2012

CIRI GADIS MUSLIMAH


1.     Solat tepat waktunya.
2.    Banyak melakukan amalan sunat dan sentiasa berzikir.
3.    Berbicara yang berfaedah. Kata-kata mengandungi kalimah basmallah, Alhamdulillah, insyaAllah, subhanallah dan lain-lain zikir.
4.    Merendahkan suara apabila bercakap.
5.    Tingkahlaku yang sopan.
6.    Tutur bicara yang sedap didengar-tiada kata lucah dan sumpah seranah.
7.    Tidak mengeluh dengan masalah yang remeh.
8.    Berpakaian menutup aurat.
9.    Menjaga aurat dari pandangan bukan muhrim dan bukan Islam.
10.  Sukakan kanak-kanak dan sebaliknya.
11.  Menghormati dan taat ibu bapa.
12.  Pandai mengambil hati orang tua.
13.  Menjadi kesayangan keluarga dan tetangga.
14.  Menjadi contoh kepada orang lain.
15.  Sentiasa berkuku pendek.
16.  Tidak mewarnakan rambut.
17.  Murah senyuman.
18.  Tidak ketawa terbahak-bahak.
19.  Tidak suka keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelak fitnah.
20. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji.
21.  Menyembunyikan kesedihan.
22. Menerima dugaan sebagai ujian dari Allah dan kafarah dosa.
23. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan orang lain
24. Pandai bergaul dengan masyarakat.
25. Tidak boros-pandai mengurus kewangan
26. Sayang dan kasihan kepada binatang peliharaan.
27. Suka kepada alam.
28. Menjaga pemakanan dari yang syubhah.



Saturday 28 April 2012

KULIT BUKU


Kali ni kene buat kulit buku plak.

“Pikirkan idea kulit buku yang boleh buat orang tertarik dan
Rasa ingin tahu bila tengok je kulit buku yang kamu buat”

Hmm..agak susah jugak nak buat orang tertarik ni..

Hasil lepas perah otak, tajuk yang difikirkan ialah ‘show me the way’..Macam tajuk lagu Maher Zain kan..tapi bukan Maher Zain yang ingin ditonjolkan dalam kulit buku ni. Sebenarnya ada sesuatu yang tersirat berkaitan dengan dunia pendidikan khas (PK masalah penglihatan)..

Desing kulit buku yang da dihasilkan:-








Nak pilih yang mana satu ni sebab dalam hati ni still rasa tak puas hati lagi..Rasa nak buat yang lain je..tapi kemahiran nak buat tu belum cukup untuk hasilkan yang lebih menarik..


ni kulit buku yang terbaru(27/5)..ok x? 







NAMA SEBENAR : MASSAHARINI BINTI RAZIMIL
NOMBOR MATRIK : A133044
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : masraiza90@gmail.com
FACEBOOK : Massaharini Razimil

Friday 27 April 2012

BBM (MODEL BUKAN TEKNOLOGI)


Satu lagi tugasan yang perlu dibuat untuk memenuhi 'tuntutan' kursus GB2153 ni adalah membuat model bukan teknologi..
model?ermm..nk buat model apa ye??
pikir punya pikir punya pikir banyak jugak idea yang berjaya dikeluarkan..disebabkan cuti mid sem dan saya pulang ke kampung, maka...hehe..mulalah kerja-kerja menyelongkar barang yang boleh dikitar semula untuk dibuat model ni..cari punya cari jumpalah dengan beberapa barang ni..jadi timbullah pulak idea nak membuat jam.

Bahan-bahan untuk membuat model pun semuanya dah tersedia ada, jadi tunggu apa lagi..mulalah kerja-kerja membuat jam yang terbayang di minda ni..

uppsss..sebelum terlupa nak bagitahulah tentang bahan-bahan yang diperlukan. Bahan tersebut adalah seperti kotak, bag kertas, kulit kerang, bekas plastik, gam uhu/gajah, pembaris, marker, jangka lukis dan gunting. Macam banyak je kan?..tapi simple je.kalau nak buat guna desing yang lagi ringkas pun boleh. jam ni boleh diletak pada posisi yang fleksibel mengikut keperluan pelajar seperti digantung, ditegakkan atau didudukkan pada tapaknya.model ni dibuat dan bolehlah digunakan untuk mengajar subjek matematik iaitu mengenai subtopik masa kepada bakal pelajar saya yang berkeperluan khas nanti..harap-harapnya jam ini dapat membantu dalam memantapkan penguasaan dan pemahaman mereka..

Bila dah buat, inilah hasilnya:-

10 gambar model BBM dari pelbagai arah..

1. pandangan dari depan

2. pandangan dari atas bahagian depan

3.  pandangan dari sisi kanan bahagian depan

4.  pandangan dari bucu kiri

5. pandangan dari bahagian depan sisi kanan

6.  bahagian badan jam dan tapak yang dirungkaikan

7. pandangan bahagian belakang dari bucu

8. jam digantung

9. pandangan dari atas ketika digantung

10. pandangan zoom dari bawah


NAMA SEBENAR : MASSAHARINI BINTI RAZIMIL
NOMBOR MATRIK : A133044
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : masraiza90@gmail.com
FACEBOOK : Massaharini Razimil









10 PRODUK TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


1.  Jam Braille


Jam ini yang telah direka khas oleh designer terkemuka iaitu Wing Li telah diberi nama OOSH. Jam ini direka khas untuk individu yang mengalami masalah penglihatan terutamanya untuk mereka buta kerana konsep Braille diaplikasi dalam rekaannya. Jam yang mempunyai 64 lubang berfungsi untuk memberitahu maklumat mengenai masa. Perkara ini dapat dilakukan kerana lubang yang dibuat dapat membentuk formasi angka Braille bagi menyampaikan waktu. Bukan itu sahaja, malah jam ini dapat mengeluarkan alarm sama seperti jam-jam digital yang lain.

2. Binocular Telescopic Spectacle Sport Glasses
Produk ini sangat berguna untuk digunakan semasa melakukan aktiviti bersukan. Selain itu, sesuai untuk diguna oleh individu yang mengalami masalah penglihatan terhad kerana produk ini dapat membantu mereka untuk melihat televisyen serta objek-objek yang lain. Kelebihan produk ini adalah boleh diselaraskan mengikut preskripsi mata. Harga cermin mata binocular ini adalah US$89.95


3. Large Fresnel Stand Magnifier


Pembesar yang diperbuat daripada plastik oftalmik ini mempunyai ciri kelebihan seperti menggunakan kanta yang cerah yang membolehkan objek visual dilihat dengan jelas. Pembesar ini sesuai diguna untuk membaca, menulis, membesarkan skrin komputer, membuat hasil kraf dan aktiviti-aktiviti tertutup yang lain. Kuasa kanta pada pembesar ialah 2 kali ganda dengan ukuran kanta adalah 10 inci x 12 inci membolehkan pengguna melihat kawasan yang lebih luas. Pembesar ini boleh diselaraskan mengikut keperluan samada menegak atau mendatar. Pembesar ini juga dilengkapi dengan klip bersalut swivel 1800 dan tapak yang stabil untuk didirikan.

4. Transform USB Magnifier


Transformer USB disambungkan kepada port USB pada computer riba untuk memancarkan bahan-bahan bacaan pada skrin. Kelebihan produk ini adalah dilengkapi dengan kamera yang boleh berputar sebanyak 3300 yang membolehkan imej dipersekitaran difokuskan. Selain itu USB ini juga boleh diguna untuk mengambil gambar serta disimpan untuk dilihat pada masa lapang. Alat ini dapat dipasang dengan mudah kerana peranti yang digunakan menggunakan perisian auto-pasang, plug-and-play. Peranti ini menggunakan bateri yang boleh tahan sehingga empat jam.

5.  Arca Matematik


Ia direka seperti patung dengan kod Nemeth iaitu satu bentuk Braille yang digunakan untuk symbol saintifik. Alat ini direka untuk menggantikan penggunaan abacus dalam pengajaran subjek matematik kepada individu yang bermasalah penglihatan.

6. Glide Circle

Glide circle adalah satu produk yang direka seperti sebuah basikal. Produk ini digunakan untuk membolehkan mereka yang mengalami ketidakupayaan seperti mereka yang mengalami kecederaan, kecacatan atau amputees menjalankan aktiviti luar. Kaki pengguna akan diikat pada satu tali yang disediakan yang menyebabkan mereka berada dalam posisi terbang. Jadi mereka boleh berjalan, berlari atau meluncur tanpa kesan pada sendi badan. Oleh itu peluang untuk meneroka adalah lebih luas.

7. Toyota Winglet

Sama seperti Segway, alat ini yang berfungsi seperti kenderaan direka untuk membantu individu yang mengalami kesukaran untuk berjalan. Winglet didatangkan dalam tiga saiz iaitu dari saiz untuk kanak-kanak sehinggalah orang tua. Saiz ini membolehkan pengguna mengikut peringkat umur dan keperluan menyusuri jalan dengan mudah dan selesa.

8.   Acorn Superglide Stairlift

Produk ini dapat membantu individu yang mengalami ketidakupayaan untuk berjalan mengakses sesuatu bangunan yang mempunyai tangga dengan menyeluruh. Ia selamat, selesa dan mudah digunakan. Salah satu cirri istimewa produk ini adalah dilengkapi dengan kawalan on board diagnostic yang dapat berfungsi untuk memberitahu pengguna masalah yang mungkin berlaku sebelum masalah itu timbul. Terdapat tiga jenis Acorn Stairlift yang disediakan iaitu perch, outdoor dan curve stairlift.

9.  Mesin Ambil Wudu'
Mesin wudu' automatik ini direka untuk memudahkan seseorang untuk mengambil wudu'. teknologi ini direka dalam dua jenis model.model pertama digunakan untuk jemaah di masjid, manakala model kedua direka untuk kegunaan di rumah. model ini dilengkapi dengan dua sinki atas digunakan untuk membasuh tangan, muka, sebahagian kepala dan telinga. manakala sinki bawah digunakan untuk membasuh kaki. kelebihan produk ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah dipasang.pembaziran air juga dapat dielakkan kerana mesin ini menggunakan sistem 'auto-sensor'. produk ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti fungus dan anti bakteria.


10.      Iveo Tactile Touch & Audio Learning System
     Produk ini sesuai digunakan untuk pelajar yang mengalami masalah penglihatan atau juga mereka yang mengalami masalah pembelajaran. Hal ini kerana sistem Iveo dapat mengajar melalui sentuhan, bunyi dan penglihatan. Jadi ia merupakan produk pembelajaran interaktif untuk pembaca. Selain itu, ia boleh diadaptasi menggunakan semua kaedah pembelajaran yang membolehkan pengekalan ilmu yang diperolehi adalah lebih lama. Tambahan juga, alat ini boleh mengeluarkan Braille yang sesuai untuk mereka yang bermasalah penglihatan.Top of Form




NAMA SEBENAR : MASSAHARINI BINTI RAZIMIL
NOMBOR MATRIK : A133044
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : masraiza90@gmail.com
FACEBOOK : Massaharini Razimil











Tuesday 24 April 2012

Muhasabah

jika kita rasa sakit, penat, buntu dan sebagainya..
pandanglah ke sungai yang airnya tetap mengalir,
biarpun berjuta batu menghalang..
~Belajarlah BERSYUKUR walaupun KEKURANGAN

~Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA

~Belajarlah TAAT walau BERAT

~Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI

~Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN

~Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA

~Belajarlah MENGASIHI walau DISAKITI

~Belajarlah TENANG walau kita sedang GELISAH

~Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH


-percayalah bahawa Allah SWT selalu di samping kita..-

Monday 23 April 2012

3 soalan 1 penampar

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?


Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.




Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...



Tuesday 17 April 2012

MASA

NILAI, ISU & CIRI-CIRI MASA.
‘Masa anugerah Allah kepada Manusia.’
Ciri-ciri Masa
1.masa yang terlepas tidak akan kembali.
2.masa sentiasa bergerak
3.masa yang akan datang belum tentu menjadi milik kita
4.manusia hanya memiliki masa pada dan ketika itu.
Pandangan Tentang Definisi Masa.
-masa itu ‘LINEAR’-(Sir Isaac Newton)
1.masa sebagai sebahagian daripada struktur alam.
-ada awl dan ada akhirnya.
2.masa sebagai ‘benda yang objektif’
-masa boleh diukur
-masa sebagai SISTEM UKURAN MINDA
Pengertian Konsep Masa Dalam Pelbagai Bidang
SAINS FIZIK
Konsep masa dalam sains fizik bermula sejak zaman Newton sehinggalah zaman Einstein.
masa dianggap ‘mutlak’ dan ‘tetap’
Einstein-masa dalam konsep kemalaran dan batas kelajuan cahaya.
BIDANG PSIKOLOGI
Menerangkan masa dari segi emosi dan perasaan dalam mengharungi suatu tempoh masa
PERSPEKTIF BUDAYA.
1.kaum Hopi-tiada konsep masa yang menjurus.
2.rakyat Amerika Syarikat-masa adalah wang
3.rakyat Jepun-penting menepati masa.
Pengertian Masa Dari Perspektif Islam.
1.nilai masa
2.nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang
3.penetapan masa untuk beribadat
“so glory be to Allah when you enter the night and when you rise in the morning-unto Him be praise in the heavens and on the earth!-and at the sun’s decline and in the noon”
[surah Ar Rum: 17-18]
Nasihat Tentang Penggunaan Masa
-konsep peningkatan diri mengikut peredaran masa.
-konsep nasihat-menasihati dalam masalah masa
“kewajipan lebih banyak dari masa. bantulah orang lain agar mereka memanfaatkan masa mereka. jika kamu ada urusan (peribadi) lakukanlah dengan ringkas.
-konsep merebut peluang ketika masanya.
sabda rasullullah: rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:-
masa hidup sebelum mati.
masa kaya sebelum miskin.
masa lapang sebelum sibuk.
masa muda sebelum tua.
masa sihat sebelum sakit.