Friday 27 April 2012

10 PRODUK TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


1.  Jam Braille


Jam ini yang telah direka khas oleh designer terkemuka iaitu Wing Li telah diberi nama OOSH. Jam ini direka khas untuk individu yang mengalami masalah penglihatan terutamanya untuk mereka buta kerana konsep Braille diaplikasi dalam rekaannya. Jam yang mempunyai 64 lubang berfungsi untuk memberitahu maklumat mengenai masa. Perkara ini dapat dilakukan kerana lubang yang dibuat dapat membentuk formasi angka Braille bagi menyampaikan waktu. Bukan itu sahaja, malah jam ini dapat mengeluarkan alarm sama seperti jam-jam digital yang lain.

2. Binocular Telescopic Spectacle Sport Glasses
Produk ini sangat berguna untuk digunakan semasa melakukan aktiviti bersukan. Selain itu, sesuai untuk diguna oleh individu yang mengalami masalah penglihatan terhad kerana produk ini dapat membantu mereka untuk melihat televisyen serta objek-objek yang lain. Kelebihan produk ini adalah boleh diselaraskan mengikut preskripsi mata. Harga cermin mata binocular ini adalah US$89.95


3. Large Fresnel Stand Magnifier


Pembesar yang diperbuat daripada plastik oftalmik ini mempunyai ciri kelebihan seperti menggunakan kanta yang cerah yang membolehkan objek visual dilihat dengan jelas. Pembesar ini sesuai diguna untuk membaca, menulis, membesarkan skrin komputer, membuat hasil kraf dan aktiviti-aktiviti tertutup yang lain. Kuasa kanta pada pembesar ialah 2 kali ganda dengan ukuran kanta adalah 10 inci x 12 inci membolehkan pengguna melihat kawasan yang lebih luas. Pembesar ini boleh diselaraskan mengikut keperluan samada menegak atau mendatar. Pembesar ini juga dilengkapi dengan klip bersalut swivel 1800 dan tapak yang stabil untuk didirikan.

4. Transform USB Magnifier


Transformer USB disambungkan kepada port USB pada computer riba untuk memancarkan bahan-bahan bacaan pada skrin. Kelebihan produk ini adalah dilengkapi dengan kamera yang boleh berputar sebanyak 3300 yang membolehkan imej dipersekitaran difokuskan. Selain itu USB ini juga boleh diguna untuk mengambil gambar serta disimpan untuk dilihat pada masa lapang. Alat ini dapat dipasang dengan mudah kerana peranti yang digunakan menggunakan perisian auto-pasang, plug-and-play. Peranti ini menggunakan bateri yang boleh tahan sehingga empat jam.

5.  Arca Matematik


Ia direka seperti patung dengan kod Nemeth iaitu satu bentuk Braille yang digunakan untuk symbol saintifik. Alat ini direka untuk menggantikan penggunaan abacus dalam pengajaran subjek matematik kepada individu yang bermasalah penglihatan.

6. Glide Circle

Glide circle adalah satu produk yang direka seperti sebuah basikal. Produk ini digunakan untuk membolehkan mereka yang mengalami ketidakupayaan seperti mereka yang mengalami kecederaan, kecacatan atau amputees menjalankan aktiviti luar. Kaki pengguna akan diikat pada satu tali yang disediakan yang menyebabkan mereka berada dalam posisi terbang. Jadi mereka boleh berjalan, berlari atau meluncur tanpa kesan pada sendi badan. Oleh itu peluang untuk meneroka adalah lebih luas.

7. Toyota Winglet

Sama seperti Segway, alat ini yang berfungsi seperti kenderaan direka untuk membantu individu yang mengalami kesukaran untuk berjalan. Winglet didatangkan dalam tiga saiz iaitu dari saiz untuk kanak-kanak sehinggalah orang tua. Saiz ini membolehkan pengguna mengikut peringkat umur dan keperluan menyusuri jalan dengan mudah dan selesa.

8.   Acorn Superglide Stairlift

Produk ini dapat membantu individu yang mengalami ketidakupayaan untuk berjalan mengakses sesuatu bangunan yang mempunyai tangga dengan menyeluruh. Ia selamat, selesa dan mudah digunakan. Salah satu cirri istimewa produk ini adalah dilengkapi dengan kawalan on board diagnostic yang dapat berfungsi untuk memberitahu pengguna masalah yang mungkin berlaku sebelum masalah itu timbul. Terdapat tiga jenis Acorn Stairlift yang disediakan iaitu perch, outdoor dan curve stairlift.

9.  Mesin Ambil Wudu'
Mesin wudu' automatik ini direka untuk memudahkan seseorang untuk mengambil wudu'. teknologi ini direka dalam dua jenis model.model pertama digunakan untuk jemaah di masjid, manakala model kedua direka untuk kegunaan di rumah. model ini dilengkapi dengan dua sinki atas digunakan untuk membasuh tangan, muka, sebahagian kepala dan telinga. manakala sinki bawah digunakan untuk membasuh kaki. kelebihan produk ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah dipasang.pembaziran air juga dapat dielakkan kerana mesin ini menggunakan sistem 'auto-sensor'. produk ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti fungus dan anti bakteria.


10.      Iveo Tactile Touch & Audio Learning System
     Produk ini sesuai digunakan untuk pelajar yang mengalami masalah penglihatan atau juga mereka yang mengalami masalah pembelajaran. Hal ini kerana sistem Iveo dapat mengajar melalui sentuhan, bunyi dan penglihatan. Jadi ia merupakan produk pembelajaran interaktif untuk pembaca. Selain itu, ia boleh diadaptasi menggunakan semua kaedah pembelajaran yang membolehkan pengekalan ilmu yang diperolehi adalah lebih lama. Tambahan juga, alat ini boleh mengeluarkan Braille yang sesuai untuk mereka yang bermasalah penglihatan.Top of Form




NAMA SEBENAR : MASSAHARINI BINTI RAZIMIL
NOMBOR MATRIK : A133044
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : masraiza90@gmail.com
FACEBOOK : Massaharini Razimil











No comments:

Post a Comment