AKTA PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979-1984
Perakuan 169
Laporan Jawatankuasa Kabinet
lahir daripada perakuan
‘Deklarasi Universal Hak
Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. Laporan
ini diperkukuhkan lagi oleh ‘ Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua ‘
1990 yang dibuat di Jomtien Thailand. Lanjutan itu lahirlah
Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996.
Akta
Pendidikan Khas
Akta pelajaran
1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus
mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan
bahawa:
40.Menteri
hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah
perenggan 34(1)(b) atau
mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai
manfaat
41.1 tertakluk kepada sub seksyen (2)
dan(3) menteri boleh melalui peraturan-perturan menetapkan:
Tempoh pendidikan rendah dan menengah
yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas
Kurikulum yang hendak digunakan
berhubung dengan pendidikan khas
Kategori murid yang memerlukan
pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam kategori
sekolah khas dan apa-apa perkara yang difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan
atau perlu bagi maksud topik ini.
Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta
1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas
kerana Menteri Pelajaran di kehendaki membuka kelas jika ada
permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada
menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk
keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini kanak-kanak bekeperluan khas
dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.
Implikasi Akta
Pelajaran 1961 dan Akta P endidikan 1996.
1. Pelaksanaan Pendidikan inklusif
Pada tahun 1962
kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah belajar di
kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. Pada tahun 1993/94 seramai 3 orang
pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L)
Methodist Kuala Lumpur . Sesi persekolahan
1994/95 bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.
2. Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas.
Bagi memantau Perjalanan Program
Pendidikan khas selaras dengan akta pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri
telah menubuhkan satu jabatan yang membolehkan pelajar kurang upaya terbela
dari segi akademik. Peluang belajar telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi
selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik dan IPTA. Pada tahun 1999/2000 telah
wujud peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional
melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional. Wujudnya JPK memudahkan
Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan kewangan.
3. Peluang Kerjaya dan Pendidikan
Terlaksananya akta ini membolehkan ibu
bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Bagi
pihak kerajaan pula akta ini membolehkan seseorang pelajar khas yang belum
bersedia ditolak penempatanya setelah tamat tempoh percubaan.
4. Pembentukan Kurikulum Fleksibel
Akta Pendidikan 1996 ( Bah.11/4) dan
akta pelajaran 116 membolehkan ihak guru mengubahsuai kurikulum , kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. Ini memberi
peluang kepada guru membentuk dan mereka kurikulum vakasional dan kemahiran
hidup diperingkat rendah dan menengah.
sumber : Dr . Mohd Anuar
sumber : Dr . Mohd Anuar
No comments:
Post a Comment