Tuesday 15 May 2012

ESEI TEKNOLOGI


MODEL PEMILIHAN DAN PENGGUNAAN MEDIA SERTA BAHAN SUMBER ICT DALAM PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN


HUBUNGAN ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG BERUPA ICT DALAM PENGAJARAN DENGAN MINAT PELAJAR


1.0       PENDAHULUAN
           
            Pembangunan peradaban  manusia pada zaman ini dicorakkan oleh revolusi maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi maklumat  dan komunikasi ( ICT). Kini dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT, auranya sudah dapat di rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke peringkat globalisasi. Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan penggunaan ICT dalam pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan. Dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah.
 
            Oleh itu, pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan
kebolehan pelajar  digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran melalui penekanan penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan juga haruslah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat daripada skop pengajaran dan pembelajaran pula, Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

            Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Oleh sebab itu, ICT dilihat sebagai salah satu komponen penting yang dapat membantu meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.  Berbagai-bagai kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan powerpoint, filem, multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul halim 2008) juga pernah mengatakan bahawa  “Pelbagai perisian yang digunakan  mampu menambah pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan pengalaman bermakna,meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan Matematik.

            Masa kini, pelajar sekolah lebih banyak menggunakan ICT hanya untuk melayari laman sembang sosial sahaja seperti facebook, twitter, my space dan sebagainya.  Fenomena
seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen 2007). Seharusnya minat pelajar ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para guru atau ibu bapa untuk mendidik palajar tersebut agar menggunakan manfaat ICT  ke arah penggunaan yang betul dan seterusnya memberikan impak positif kepada diri pelajar tersebut. .

            Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru.

             Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pengajaran menjadikan proses pengajaran menjadi bertambah seronok dan bermakna untuk pelajar, serta memudahkan pelajar. Cuma apa yang perlu di berikan perhatian adalah tentang teknik atau kaedah yang digunakan, supaya tidak membebankan pelajar.

2.0       LATARBELAKANG KAJIAN    
Dalam kajian yang telah kami lakukan, kami telah menggunakan Model ASSURE sebagai petunjuk arah dalam menjalankan kajian kami di mana dalam kajian kami, kami telah melakukan kajian bagi mengukur dan melihat minat pelajar sekolah menengah melalui penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Berdasarkan Model ASSURE, model ini dapat digunakan bagi membantu guru memilih dan menentukan penggunaan pelbagai jenis media dalam pengajaran pada tahap optima. Model ini lebih memberi petunjuk kepada guru untuk merancang, melaksana dan menilai pengajaran menggunakan media dan bahan sumber yang lain dan dalam kajian kami, bahan sumber yang kami tekankan adalah secara umum iaitu ICT di mana ICT ini boleh merangkumi bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memperoleh, memproses dan menggunakan maklumat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
            Berdasarkan Model ASSURE ini juga, kami telah menggunakan enam langkah yang telah disenaraikan dalam model ini iaitu analisis ciri – ciri pelajar, nyatakan objektif pengajaran, pilih kaedah, media dan bahan, penggunaan media dan bahan, penglibatan pelajar dan penilaian serta semakan semula. Langkah pertama iaitu analisis ciri – ciri pelajar. Dalam menganalisis ciri – ciri pelajar, kami fokuskan kepada pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin Dua Kajang . Ciri – ciri pelajar yang kami tetapkan adalah secara umum iaitu pelajar adalah terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Kebanyakkan pelajar menguasai gaya pembelajaran bebas di mana semua pelajar berinteraksi secara bebas mengenai pembelajaran yang dipelajari apabila guru – guru mereka menggunakan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi berinteraksi secara kawalan oleh guru – guru mereka.
            Seterusnya ialah nyatakan objektif pengajaran di mana melalui objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru, guru mengajar menggunakan perisian ICT yang betul dan sesuai dengan isi pengajaran. Ciri yang seterusnya ialah pilih kaedah, media dan bahan sumber di mana melalui ciri ini, guru memilih bahan berdasarkan media dan bahan sumber – sumber yang sedia ada seperti animasi, video, tayangan power point dan sebagainya sebelum sesi pembelajaran bermula dan bagi mendapatkan hasil yang mantap sebelum pembelajaran bermula, guru di sekolah tersebut akan menjalankan langkah – langkah yang seterusnya seperti pilih, ubahsuai bentuk sumber yang ingin digunakan.
            Bagi menentukan bahan sumber adalah yang terbaik, lima langkah perlu diikuti seperti meneliti semula bahan sumber, penyediaan bahan sumber, penyediaan persekitaran, penyediaan pelajar dan terakhir ialah pelaksanaa pengajaran di dalam kelas.
            Ciri yang seterusnya ialah penglibatan pelajar. Sepanjang pemerhatian yang kami lakukan di sekolah tersebut, kebanyakkan pelajar telah melibatkan diri mereka secara aktif sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kemudian, ciri yang seterusnya ialah penilaian dan semakan semula. Dalam ciri ini, penilaian ini telah dilakukan selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran dan penilaian ini adalah bertujuan untuk mengukur minat pelajar dan juga untuk menilai keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran. Hasil penilaian kami, kebanyakkan pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi apabila guru menggunakan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
            Secara kesimpulannya, melalui Model ASSURE, penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam menarik minat pelajar dalam sesi pengajaran adalah tepat di mana dalam kajian yang kami lakukan menunjukkan hasil yang bertepatan dengan apa yang dinyatakan dalam Model ASSURE.

3.0       PENYATAAN MASALAH
Sistem pendidikan di Malaysia sangat mementingkan untuk melahirkan insan yang berjaya dari segi akademik. Walaubagaimanapun, kejayaan pelajar dalam bidang akademik bermula dengan usaha menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek.
Terdapat segelintir guru yang merasakan mengajar merupakan sesuatu yang mencabar sehingga sukar untuk membantu pelajar memahami apa yang ingin disampaikan. Persoalannya mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah subjek yang diajar itu merupakan satu subjek yang sangat sukar sehingga dianggap silibus itu hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru serta pemilihan bahan bantu mengajar yang tidak berkesan? Pengajaran bukanlah suatu tugas yang sukar kepada guru kerana mereka telahpun mendapat latihan selama 4 tahun sebelum bergelar guru. Guru perlu memastikan bahawa pelajar dapat memahami isi kandungan silibus matapelajaran kerana konsep dan kemahiran yang diajar merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memikirkan cara yang terbaik dengan berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu dan memudahkan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok kepada pelajar yang seterusnya membantu dalam proses  peningkatan minat dan kefahaman pelajar.
Begitu juga halnya dengan terdapat pelajar yang mengeluarkan kenyataan bahawa pengajaran adalah sesuatu yang membosankan, mengelirukan dan membebankan mereka. Hal ini demikian kerana guru hanya mengajar menggunakan buku teks semata-mata dan hanya menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah kuliah tanpa melibatkan penyertaan pelajar dalam proses P&P tersebut. Seseorang guru perlu sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990). Jadi, guru perlu sedaya upaya untuk mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pengetahuan guru dalam menggunakan bahan yang dipilih dan penggunaan pelbagai teknik P&P, pemberian latihan yang berperingkat-peringkat dan bermakna mengikut tahap kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira semasa memilih bahan yang ingin digunakan. Guru perlu memikirkan tentang faedah yang diperoleh pelajar hasil penggunaan bahan tersebut.  Hal ini bertujuan untuk mengekalkan minat pelajar terhadap kandungan pelajaran yang ingin disampaikan dan seterusnya dapat menyediakan pelajar yang mempunyai motivasi kendiri untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.
 Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri berikut:

a. Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang
diharapkan.
b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang
diperlukan dalam penggunaannya.
d. Dibuat dengan perincian yang tepat.
e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun
hilang.
f. Rupa bentuk dan warna yang menarik
g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah
h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.
i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.
j. Fleksible dan pelbagai guna.
k. Operasinya mudah
l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan
semasa demonstrasi dalam kelas.



4.0       KAEDAH KAJIAN

            Dalam usaha kami menjalankan kajian yang bertujuan mengkaji hubungan antara penggunaan bahan bantu mengajar yang berupa ICT dalam pengajaran dengan minat pelajar, kami terlebih dahulu mengenalpasti responden yang akan kami kaji. Kemudian kami telah memikirkan kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan kajian ini.

            Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang popular dikalangan penyelidik untuk mendapatkan data mengenai perkara yang ingin dikaji. Oleh yang demikian kami telah merangka sebanyak 26 soalan untuk dimuatkan dalam borang soal selidik yang kami edarkan kepada responden yang telah dikenalpasti. Kami menemui dan menjalankan soal selidik ini terhadap responden yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2. Responden kami terdiri daripada seramai 20 orang yang berusia dalam lingkungan 15 dan 17 tahun iaitu mereka yang menduduki tingkatan 3 (10 orang) dan tingkatan 5 (10 orang). Kaedah ini merupakan cara yang cepat untuk kami mendapatkan data, namun selepas soal selidik yang diberikan kepada responden dikembalikan semula kepada kami, kemudiannya kami membuat analisa berdasarkan jawapan-jawapan responden.
            Kaedah lain yang kami gunakan adalah pemerhatian iaitu melihat sendiri bagaimana guru menjalankan pengajaran di dalam kelas, bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan dan memerhati tingkahlaku pelajar semasa sesi P&P sedang berjalan. Selain itu kami turut membuat sesi temubual dengan beberapa orang guru mengenai cara-cara mereka memilih bahan bantu mengajar untuk digunakan di dalam P&P dan respon yang diberikan pelajar serta pencapaian mereka di dalam kelas.

5.0 DAPATAN KAJIAN
Pada keseluruhannya penganalisaan dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian :

a)      Hubungan di antara minat dengan penggunaan ICT dalam pengajaran
b)      Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai
c)      Jenis-jenis bahan bantu mengajar ICT yang dapat menarik minat pelajar

Terdapat seramai 20 orang responden yang dikehendaki memberi jawapan kepada item-item yang telah dikemukakan. Item 1 hingga 15 untuk mendapatkan data tentang minat pelajar terhadap penggunaan ICT.  Data tentang ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dan jenis bahan bantu mengajar ICT yang menjadi pilihan pelajar terdiri dari item 1 hingga 4 dan item 1 hingga 5 di bahagian B.

Bahagian A : Hubungan di antara minat dengan penggunaan ICT
Kami menyenaraikan tahap persetujuan responden terhadap hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dalam satu susunan jadual dan item – item yang digunakan ialah bersifat positif dan negatif.
No. soalan
STS
TS
SE
S
SS
1
0
0
2
12
6
2
2
8
4
6
0
3
0
4
4
10
2
4
0
0
2
10
8
5
0
0
4
8
8
6
6
10
4
0
0
7
0
2
2
12
4
8.
1
0
1
7
1
9.
0
1
5
3
1
10.
3
6
1
0
0
11.
1
6
1
2
0
12.
0
0
1
9
4
13.
0
0
1
5
4
14.
0
1
4
5
0
15.
0
1
2
6
1




















Jadual 1.1 : Data jawapan responden untuk bahagian A

Bahagian B : Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai
NO.SOALAN
           STS
           TS
           SE
             S
            SS
            1
              0
            0
              2
              12
              6
            2
              0
            2
              2
              12
              4
            3
              0
            0
              0
              16
              4
            4
              0
            0
              2
              16
              2
Jadual 1.2 : Data jawapan responden untuk bahagian B (ciri Bahan Bantu Mengajar ICT)

Bahagian B  : Jenis Bahan Bantu Mengajar ICT
No soalan
STS
TS
SE
S
SS
1
2
4
6
4
4
2
0
0
6
10
4
3
0
2
4
6
8
4
0
0
2
6
12
5
0
0
4
6
10
Jadual 1.3 : data jawapan responden untuk bahagian B (jenis bahan bantu mengajar ICT)


6.0       ANALISIS DATA
Soal selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripada
responden. Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untuk memastikan pelajar mengikut 

arahan yang diberikan.


No.soalan
Positif (%)
Negatif (%)
1.
100
0
2.
50
50
3.
80
20
4.
100
0
5.
100
0
6.
20
80
7.
90
0
8.
90
10
9.
90
10
10.
10
90
11.
30
70
12.
100
0
13.
100
0
14.
90
10
15.
90
10



















Jadual 2.1 : analisis data bahagian A

Rajah 1.1: analisa data bahagian A

Berdasarkan analisis data di atas boleh dilihat untuk soalan bernombor 1, 4, 5, 12 dan 13 semua responden (100%) berada di bahagian positif yang menunjukkan responden membulatkan lebih kepada serdahana, setuju dan sangat setuju. Seterusnya dapat dilihat lima soalan (7, 8, 9, 14, 15) peratus di bahagian positif adalah 90% menunjukkan 19 orang responden menjawab pada serdahana, setuju dan sangat setuju. Akhir sekali, soalan bernombor tiga mendapat peratusan tinggi yang menjurus kepada positif iaitu sebanyak 80%.
Dalam kajian ini juga, terdapat sebilangan pelajar yang menunjukkan minat yang tinggi terhadap penggunaan ICT dalam sesi pengajaran. Seperti yang dapat dilihat dalam rajah di atas, sebanyak 10 peratus yang memberikan  respon bagi soalan nombor 10 iaitu ‘Penggunaan ICT dalam pengajaran oleh guru tidak langsung menarik minat saya pada sesuatu matapelajaran’.
Manakala bagi nombor soalan 11 sebanyak 30 peratus menunjukkan pelajar minat terhadap penggunaan ICT.

Bahagian B : Ciri-ciri bahan bantu mengajar yang sesuai.
Peratusan (%)
           No. soalan
            Negatif (%)
                 Positif (%)
                  1
                    0
                  100
                  2
                   10
                    90
                  3
                    0
                   100
                  4
                    0
                   100
Jadual 2.2 : Analisa data bahagian B (Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar ICT)


Rajah 1.2 : Analisa data bahagian B ( Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar ICT)

Berdasarkan jadual di atas , di dapati  hampir keseluruhan responden bersetuju menyatakan bahawa kesemua ciri-ciri bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sangat sesuai.Bagi soalan pertama , ketiga dan keempat peratusannya mencapai tahap paling maksimum iaitu sebanyak 100 peratus , dan ini bermakna kesemua responden bersetuju menyatakan bahawa bahan bantu mengajar ICT yang di gunakan oleh guru sangat sesuai dengan isi pengajaran yang di sampaikan, dapat menarik perhatian pelajar serta kemas dan mudah untuk di gunakan. Soalan no. 2 pula berkenaan tentang sama ada bahan bantu mengajar  ICT yang digunakan oleh guru tersebut dapat dilihat dengan jelas atau tidak  telah  mencatatkan peratusan sebanyak 90 peratus responden bersetuju , dan 10 peratus responden tidak setuju.

Bahagian B  : Jenis Bahan Mengajar ICT
Peratusan ( % ) :
No soalan
Negatif (%)
Positif (%)
1
30
70
2
0
100
3
10
90
4
0
100
5
0
100
Jadual 2.3 : Analisa data bahagian B ( Jenis Bahan Bantu Mengajar ICT)
Rajah 1.3 : Analisa data bahagian B (Jenis Bahan Bantu Mengajar ICT)

Bagi penggunaan bahan pengajaran berbentuk slaid,video dan multimedia, hasil daripada analisis data yang berjaya dikumpul menunjukkan 100% pelajar berasa seronok apabila bahan ini digunakan oleh guru semasa mengajar.Bagi bahan pengajaran berbentuk carta  seramai 70% pelajar menyukai apabila guru menggunakannya sebaliknya 30% tidak suka menggunakan bahan ICT berbentuk carta dan sebanyak 90% pelajar menyukai bahan pengajaran yang digunakan berbentuk audio dan baki 10% lagi tidak menyukai bentuk bahan pengajaran ini.

7.0       PERBINCANGAN
Minat yang mendalam terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran  akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang sesuatu subjek. Dalam erti kata lain, pelajar yang meminati ICT  tidak akan menganggap sesuatu subjek sebagai  suatu yang susah  atau membosankan. Pelajar akan merasakan bahawa penggunaan ICT berupaya menjadikan aktiviti pembelajaran sebagai sesuatu  yang menyeronokan.
Jadi tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan adakah penggunaan ICT yang digunakan sebagai Bahan Bantu Mengajar itu merupakan salah satu cara yang dapat  menarik minat pelajar-pelajar ini supaya meminati sesuatu subjek atau sekurang-kurangnya dapat membangkitkan motivasi untuk meminati sesuatu subjek yang diajar.  Kaedah yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah pemerhatian dan soal selidik. Seramai 20 orang responden terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan dua, Sek. Keb. Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor dipilih untuk menjadi responden.

7.1 Hubungan antara penggunaan ICT dengan minat pelajar
Berdasarkankan kepada jadual 2.1, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ICT dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu subjek. Didapati sebahagian besar pelajar memberi respon positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sesuatu subjek. Mereka meyokong serta memberi sambutan yang baik terhadap penggunaan ICT  kerana bagi mereka tanpa ICT proses pengajaran dan pembelajaran adalah membosankan. Berdasarkan peratusan yang diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar dapat membantu menarik minat pelajar tingkatan 3 SMK Taman Jasmin 2 terhadap pembelajaran.
Keputusan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997, m.s 18). Beliau mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.
Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan pelajar berpendapat bahawa penggunaan ICT dalam sesuatu subjek  telah mendorong dan memotivasikan diri mereka, menimbulkan rasa seronok dan menjadikan diri mereka lebih  rajin untuk belajar. Dapatan kajian ini juga menjelaskan bahawa ICT memainkan peranan yang penting  dalam menarik minat para pelajar terhadap pembelajaran. Hal ini selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Dale (1963, m.s 67) iaitu beliau mengelaskan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar iaitu salah satunya menyatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsang minat yang tinggi di kalangan para pelajar dan minat merupakan satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Dapatan ini juga turut disokong oleh dapatan kajian oleh Rulon dan Arnspinger (1998, dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20). Mereka juga turut bersetuju bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh merangsang pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh pihak pelajar itu sendiri.

7.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai
Pada keseluruhannya pelajar menyatakan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh
guru mereka adalah sesuai, jelas, menarik perhatian dan kemas. Namun begitu mereka tidak menafikan kadang kala ada di antara Bahan Bantu Mengajar tersebut tidak memenuhi keempat-empat ciri yang digariskan secara serentak. Ini dapat dilihat pada bilangan pelajar yang memberi respon kepada item yang terdapat pada borang soal selidik. Di mana masih ada pelajar yang memberi jawapan negatif tetapi bilangannya tidaklah ramai. Berdasarkan Jadual 2.2 dan rajah 1.2, untuk ciri kesesuaian  100% pelajar bersetuju menyatakan bahan bantu mengajar ICT yang digunakan oleh guru sesuai dengan isi pengajaran yang disampaikan.
Manakala dari segi kejelasan pula seramai 10% menafikan bahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunakan itu jelas. Ini mungkin disebabkan faktor jarak antara pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar berkenaan, contohnya peta atau carta. Mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan.
Seterusnya dapatan kajian menunjukkan kesemua pelajar bersetuju menyatakan bahan bantu mengajar ICT yang digunakan oleh guru dapat menarik perhatian pelajar, kemas dan mudah digunakan.

 7.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Mengikut Pilihan Pelajar
Hasil kajian menunjukkan wujud variasi peralatan Bahan Bantu Mengajar yang diminati dan dipilih oleh pelajar. Berdasarkan Jadual 2.3 dan Rajah 1.3 , di mana 100% pelajar lebih cenderung memilih bahan ICT berbentuk slaide,video dan multimedia sebagai pilihan utama mereka. Ini selari dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin berpengaruh dalam kehidupan kita hari ini. Kaedah pengajaran dengan menggunakan ICT dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Jonassen (1998, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s. 75), beliau mendapati bahan pengajaran melalui ICT memberikan motivasi yangtinggi kepada pelajar untuk belajar.
Terdapat banyak perisian pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas daripadanya. Ciri interaktif yang ada dalam perisian komputer berpotensi meningkatkan motivasi belajar.
Begitu juga penggunaan video kerana bahan ini mudah didapati dan menarik serta sesuai untuk pelajar yang belajar menggunakan kaedah penglihatan dan pendengaran. Bahan video seperti vcd mengenai pendidikan banyak disediakan di pusat sumber negeri. Pihak sekolah boleh
mendapatkan salinannya dari sana ataupun dibeli dari pasaran. Bahagian TV Pendidikan pula menyediakan banyak rancangan pendidikan yang disiarkan melalui ASTRO.
Bagi bahan bantu mengajar yang menggunakan carta sebanyak 70% pelajar berminat terhadap bahan yang ini. Sebaliknya sebanyak 30% pelajar lagi tidak meminati jenis bahan ini. Hal ini mungkin disebabkan pelajar ini tidak menguasai cara untuk menganalisis carta. Manakala jenis bahan bantu mengajar yang kurang mendapat sambutan daripada pelajar juga adalah bahan audio iaitu 90% pelajar sahaja yang menyukai bahan jenis ini dan selebihnya 10% tidak menyukainya.
Walau apapun bahan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan jika guru tahu mengendalikannya dengan baik akan menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengajarannya. Hasil penemuan ini turut di sokong oleh dua orang pengkaji berikut iaitu Naim Ahmad(1989, m.s. 64) dan Nurudin Jamin (1983, dalam Hasimah Yassim, 2000 m.s.12). Naim Ahmad telah merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajar iaitu mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan dalam diri pelajar. Manakala dalam kajian Nurudin pula, beliau mendapati bahawa model buatan berjaya menarik minat para pelajar disebabkan keadaannya 3 dimensi. Minat ini patut dieksploitasikan untuk menggerakkan perasaan
ingin tahu dan imaginasi pelajar.

8.0       KESIMPULAN

            Berdasarkan kajian yang kami jalankan dapat disimpulkan bahawa kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan melibatkan penggunaan ICT dalam pengajaran. Secara keseluruhannya pelajar berpendapat penggunaan ICT di dalam pengajaran berupaya menarik minat mereka untuk belajar. Dengan Kata lain, memang wujud hubungan positif antara penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan minat pelajar. Bahan Bantu Mengajar berunsur ICT seperti audio, video, multimedia yang digunakan oleh guru dapat mengelak pelajar daripada cepat bosan ketika belajar.

            Bahan Bantu Mengajar menggunakan ICT yang baik mestilah memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan. Kesesuaian bahan ICT yang digunakan dengan isi pelajaran yang diajar adalah sangat penting supaya pelajar dapat menerima dengan jelas setiap isi pelajaran yang ingin disampaikan. Selain itu juga, kejelasan, menarik dan kekemasan sesuatu Bahan Bantu Mengajar ICT  perlulah berjaya memenuhi setiap keperluan pelajar. Jika tidak memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan maka tidak tercapailah matlamat penggunaan ICT tersebut bagi menarik minat pelajar untuk belajar.

            Jelaslah di sini jenis  Bahan Bantu Mengajar ICT yang paling diminati pelajar adalah berbentuk slaid, audio dan multimedia. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengambil kira apa jua jenis ICT yang digunakan oleh guru untuk membantu sesi pengajaran tetapi penggunaan ICT tersebut perlulah mampu untuk mencapai matlamat dan mewujudkan suasana yang memberangsangkan minat pelajar.
  
RUJUKAN
Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2010. Perspesi guru terhadap penggunaan bahan
            Bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran J – Qaf. Journal of
            Islamic and Arabic Education. 2 ( 2 ) . 53 – 64.
Hanim Sulaiman & Hairulniza Zakaria. Pembangunan perisian pembelajaran berpandukan
            computer ( PBK ) bagi tajuk pecahan tingkatan satu berdasarkan model pembelajaran
            ASSURE. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Arif Ismail. Model Pemilihan dan penggunaan media serta bahan sumber ICT dalam
            Pembestarian pengajaran. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Mohd Arif Ismail. 2006. Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan
            Pembelajaran. Fakulti Pendidikan . Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Rozinah Jamaludin. 2005. Multimedia dalam pendidikan. Utusan Publication Distributor
            Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap penguasaan penggunaan ICT
            Dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah
            . Jurnal Pendidikan Malaysia. 36 ( 1 ) : 25 – 34.
Siti Fauziah Abd Aziz. 2007. Tahap penggunaan teknologi maklumat sebagai pemudah
Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) dalam kalangan
 pensyarah Politeknik. Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional. UTHM.
Rosnaini Mahmud & Mohd Arif hj Ismail. 2010. Impact of training and experience in using
            ICT on in – service teacher basic teacher’s. Malaysian Journal Educational Technology.
            10 ( 2 ) : 5-10.



No comments:

Post a Comment