Sunday 13 May 2012


Kaedah P&P Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan

i. Kaedah pengajaran 

Buta sepenuhnya

a) Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca 


b) Menggunakan gambar rajah timbul dalam aktiviti bergambar seperti peta 

 





Rabun 
a) Large Print-Lembaran kerja di besarkan saiz tulisan 


b) Menggunakan kanta 


c) Menggunakan CCTV-TV yang boleh membantu pelajar membaca buku.



ii. Pelajar Pendidikan Khas bermasalah penglihatan belajar mengikut sukatan pelajaran sama dengan aliran perdana, kurikulum yang sama. Cuma yang membezakan ialah pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pembimbing.Soalan –soalan dalam peperiksaan yang dimodikasikan untuk kesesuaian pelajar. 

iii. Penggunaan Komputer di kalangan pelajar 
Pelajar dapat menggunakan Komputer kerana adanya perisian Jaws iaitu perisian bersuara yang membantu pelajar mengendalikan komputer.



iv. Orientasi dan Mobiliti 
Satu aktiviti yang membantu para pelajar pendidikan khas masalah penglihatan berdikari dan melakukan aktiviti  seharian secara berdikari.Contoh cara menggunakan tongkat yang betul dan cara memimpin pelajar pendidikan khas. 


No comments:

Post a Comment