Sunday 13 May 2012

ALATAN DI BILIK RESOS BERMASALAH PENGLIHATAN


Alatan–alatan dalam membantu aktiviti P&P pelajar pendidikan khas bermasalah penglihatan:-

a)Brailler-mesin berupa mesin taip untuk menaip huruf-huruf Braille


b) Mesin Thermofom- menyalin rajah timbul dari kertas asal menggunakan kertas braillon


c) Mesin Embosser-mencetak titik timbul dalam penterjemahan seperti buku
Sebagai contoh buku yang telah siap di edit/ taip pindah akan di emboss untuk menjadi buku Braille.


d) CCTV –membantu pelajar rabun membaca (membesarkan huruf)


e) Gambar rajah timbul- Gambar rajah yang diubah suai untuk pelajar dapat menyentuh dan merasai sesuatu bentuk


f)Perisian yang biasa digunakan di bilik Resos adalah Index Braille Embosser Basic D,Duxbury,Zoom Text Magnifier,AMIS dan Jaws.Open Book juga digunakan bersama 'scanner' bagi tujuan mengimbas teks dan mengedit teks sebelum memindahkan ke bentuk tulisan braille.
A) zoom text 

B) d, Duxbury

g) Buku teks Braille-dibuat khusus dalam bentuk Braille mengikut sukatan pelajaran khusus untuk pelajar bermasalah penglihatan.


h)CD teks bersuara-Buku teks bersuara dalam bentuk CD mengikut sukatan matapelajaran.

i)Al-Quran Braille-Alquran dalam bentuk Braille untuk kemudahan pelajar bermasalah penglihatan membaca al-quran.


j) Tongkat-alat pembelajaran di dalam matapelajaran orientasi mobiliti selain digunakan untuk pergerakan pelajar.



k)Goalball-bola berbunyi khas untuk pelajar bermasalah penglihatan bersukan dan bermain di gelanggang.



l)Blind fold-alat penutup mata semasa sukan.





m)Digital clock-jam bersuara





n)Walkman dan cassette-untuk merakam bahan pengajaran.





o)Braille Ruler dan Geometry Set- pembaris timbul dan alatan geometri khas untuk pelajar buta





p)Globe/tactile & visual-globe timbul





q)tactile World Map Set- Buku peta dunia timbul



r)kalkulator bersuara



s)e-Quran reading book-laptop mini yang memuatkan surah-surah (bersuara)



t)human skin model-model kulit untuk subjek Sains



u)human eye model-model mata untuk subjek Sains



v)Model of longitude &latitude-model plastik untuk matapelajaran Geografi



w)Model-model matapelajaran Sains seperti 3-D model for maths &science,Insects Model,anatomy set, mini skeleton,measuring balance dan lain-lain.

x)selain itu alatan permainan dikhususkan untuk pelajar-pelajar bermasalah penglihatan seperti goalball,chess set,puzzle,congkak,holes in hand lacing board,acrobatics counting puzzle,chain the blocks

 


y)alat pengurusan diri seperti bear’s dressing,how to tie shoes lace,dapur gas,rice cooker,blender,mixer dan lain-lain.

z)alat-alatan kemahiran hidup seperti barangan logam(apit G,ragum,sepana, tukul,playar,kikir, gergaji,sesiku L, serampang tangan dan lain-lain),barangan elektronik (soldering lead,soldering iron,wire cutter,bongkah penyambung dan lain-lain),barangan jahit (butang,benang dan lain-lain).

Kertas yang biasa digunakan di kelas resos adalah :-




a)craft paper-kertas brown yang biasa digunakan pelajar bagi menaip huruf Braille menggunakan mesin Brailler.

b)master paper-kertas putih yang sederhana tebal,biasa digunakan pelajar untuk peperiksaan dan juga menghasilkan rajah timbul.

c)book cover-kertas kulit keras yang digunakan bagi menghasilkan rajah timbul.

d)cardboard cover-(manila)digunakan bagi melekatkan dan menghasilkan rajah timbul.

e)USA Embossing Sheet-kertas yang digunakan bagi mencetak titik-titik timbul huruf Braille menggunakan mesin embosser.

f)braillon-kertas berupa plastik yang digunakan bagi menyalin rajah timbul dari rajah asal menggunakan mesin thermoform.

No comments:

Post a Comment