Tuesday 29 May 2012

pos dalam blog

blogspot


GE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEM 2 2011-2012 : KREATIF DAN INOVATF PEMACU PENDIDIKAN MASA DEPAN

Kreativiti dan Inovatif merupakan elemen penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran masa kini. Penggunaan teknologi digital mampu mengubah kaedah pengajaran, gaya pembelajaran dan persepsi terhadap bidang pendidikan.

Pengenalan kepada e-mobile juga banyak mengubah situasi dan kondisi pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan mengakses maklumat dengan cepat merupakan antara kriteria penting bagi para pelajar meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka hanya dengan sentuhan hujung jari sahaja.

Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris)

Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
Nama sebenar.
Nombor Matrik
Tahun Pengajian
Fakulti
Email
Facebook
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan


jawapan--

Penggunaan teknologi pendidikan dapat melahirkan modal insan yang celik ICT, mempunyai daya saing yang tinggi, kreatif dan berinovatif. Justeru langkah meningkatkan penggunaan dan minat terhadap teknologi pendidikan perlu dipupuk.
1. Pemupukan minat perlu dimulakan dengan resolusi daripada pihak atasan pentadbiran dalam bidang pendidikan itu sendiri. Hal ini kerana pihak atasanlah yang akan mencorak anak buah yang berada dibawah pimpinannya. Mereka perlu mendedahkan kepentingan teknologi pendidikan kepada guru, menyediakan garis panduan, peralatan teknologi dan sebagainya. Apabila segala keperluan utama ini dipenuhi maka minat itu akan hadir secara berperingkat.
2. Sebagai pendidik, kesedaran mengenai kepentingan penggunaan teknologi pendidikan dalam urusan P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti perlu dipupuk. Guru perlu menyedari dan mengetahui mengenai teknologi pendidikan yang wujud dan boleh digunakan sesuai dengan objektif pembelajaran yang digariskan. Dengan ini tidak wujudlah guru yang dikatakan seperti katak dibawah tempurung yang hanya menggunakan kaedah lapok dalam P&Pnya sehingga membuatkan pelajar bosan. Pemilihan teknologi pendidikan yang sesuai dapat menarik minat pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya akan memotivasikan guru untuk lebih bervariasi dalam menggunakan teknologi
3.kesedaran mengenai kewujudan teknologi pendidikan sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi-teknologi yang ada dengan efektif. Jika diperhatikan, pelajar sekarang sudah terdedah dengan penggunaan lambakan media teknologi seperti i-Pad, e-mobile, laman sosial dan sebagainya. oleh yang demikian, untuk mengelakkan guru mempunyai perasaan rendah diri, kemahiran mengenai teknologi perlu lebih ditingkatkan daripada pengetahuan pelajar. guru yang berkemahiran akan lebih bersemangat untuk menggunakan medium teknologi dalam proses P&P dan menggalakkan pelajar menggunakan teknologi dengan cara yang betul untuk mendapatkan manfaat yang maksima.
4. Seterusnya untuk meningkatkan minat dalam mengaplikasikan teknologi pendidikan langkah yang boleh diambil ialah guru memberi galakan dan tugasan-tugasan berkaitan sesuatu topik yang memerlukan pelajar menggunakan teknologi yang sesuai. Oleh itu, dalam menjayakan misi ini, guru perlu memberi penerangan mengenai cara penggunaan dan melaksanakan tugasan seperti yang dikehendaki supaya pelajar mempunyai gambaran dan sedikit pengetahuan untuk melakukannya. Sekiranya penerangan yang jelas dan berkesan dapat disampaikan maka pelajar akan lebih bersemangat dan berminat untuk melaksanakan tugas dan menggunakan teknologi yang dibangunkan dalam pendidikan. Melalui ruang perbincangan,blog dan seumpama dengannya juga, pelajar dapat berkongsi maklumat dan mengenali lebih ramai kawan untuk membantu mereka dalam mengulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan. Hal ini akan menggalakkan mereka untuk lebih berminat dalam menggunakan teknologi secara konsisten.
5. Selain daripada itu, minat dalam menggunakan teknologi dapat ditingkatkan dengan memperbanyakkan pertandingan-pertandingan mencipta atau inovasi. Dengan adanya usaha melaksanakan program seumpama ini, pelajar akan mendalami ilmu, mengaplikasikannya dan seterusnya mengeluarkannya ntuk menghasilkan sesuatu produk inovasi yang mempunyai ciri-ciri kreatif serta bermanfaat untuk kehidupan manusia. Dengan adanya ganjaran berupa wang, sijil dan penghargaan daripada pihak-pihak tertentu maka pelajar akan terus bermotivasi untuk maju dan berusaha dalam menghasilkan sesuatu produk baru.
NAMA SEBENAR : MASSAHARINI BINTI RAZIMIL
NOMBOR MATRIK : A133044
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : masraiza90@gmail.com
FACEBOOK : Massaharini Razimil
url
http://www.youtube.com/watch?v=vcsxB5dKJMg&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=Eniknofp0Tk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=7nw3TDkZ6C0

No comments:

Post a Comment