Friday, 18 May 2012

masak-masak - simple


Terus terang je la ye..sy ni tak pandai masak sangat..kalau untuk diri sendiri tu lepas la (kot). orang selalu kata kalau nak kakwin kena la pandai masak, nak tambat hati suami pun kena la jage pasal makan minum die..tak kan hari-hari nak makan dekat kedai, hari-hari makan fast food, hari-hari makan benda yang sama je kan..lama-lama bukan kata cik abang je yang bosan, diri sendiri pun jemu. apa kata kita ambil inisiatif masak sama-sama. secara tak langsung dapat eratkan kasih sayang. satu perkara yang saya pernah dengar iaitu anak-anak yang makan hasil air tangan kita pun akan jadi anak yang lebih mendengar cakap..hehe, rase ayat macam orang da kahwin la plak..takpe-takpe, berpegang kepada prinsip belajar dari sekarang, nanti tak de la kekok sangat kalau suami suruh masak. satu lagi faedah bila da belajar dari awal memang tak dapat dinafikan boleh la tolong mak kat dapur sediakan makanan.

so moh le kite belajar beberapa resepi ringkas ni, nanti boleh la try.
Masak asam pedas

Bahan-bahan
a)    Bawang besar
b)    Cili kering kisar
c)    Serai
d)    Belacan (pilihan)
e)    Air asam jawa/asam keping
f)    Daun kesum
g)    Bunga kantan
h)   Air
i)     Ikan
j)     Tomato (pilihan)
Cara-cara
1.     Tumbuk bawang
2.    Kalau nak tumis panaskan minyak n tumis a + d
3.    Masukkan air dan semua bahan lain kecuali j
4.    Dah mendidih-masukkan j n garam
5.    Siap
*pilihan – tambah kiub pati ayam/pak aji

Sup

Bahan-bahan
a)    Bawang besar
b)    Bawang putih
c)    Halia
d)    Bunga lawang
e)    Kulit kayu manis
f)    Jintan(manis+putih)/sup bunjut
g)    Lauk (ayam/ikan/daging)
h)   Air
i)     Kentang            
j)     Lobak merah
k)   Daun sup
l)     Daun bawang         
m)  Bawang goring
n)   minyak

Cara-cara
1.     Tumbuk/hiris a+b
2.    Halia (potong ikut suka atau nak tumbuk sedikit bagi pecah)
3.    Panaskan minyak utk menumis
4.    Minyak da panas - tumis 1, d, dan e
5.    Masuk f, g + h
6.    Masuk kentang+lobak merah – bubuh garam
7.    Da mendidih tutup api, masukkan k + l

Kari

Bahan-bahan
a)    Bawang besar
b)    Bawang putih
c)    Halia
d)    Daun kari
e)    Bunga lawang
f)    Kulit kayu manis
g)    Serbuk kari
h)   Cili kering kisar
i)     Air
j)     Santan/susu cair
k)   Air asam jawa/asam keping
l)     Minyak
m)  Kentang
n)   Sayur (lobak/kacang panjang/ terung/ bendi..)
o)    Bahan utama(ikan/ayam/daging/...)
Cara-cara
1.     Hiris a,b,c
2.    Panaskan minyak – tumis 1 + d,e,f hingga kekuningan
3.    Bancuh (g,h +i) – tumis sampai pecah minyak
4.    Masukkan o
5.    Masukkan j (boleh cmpur air kalau nak untuk kurangkan kepekatan kari)
6.    Masukkan m,n..k + perasa
Masak kicap
Bahan-bahan
a)    Bawang besar
b)    Bawang putih
c)    Bunga lawang
d)    Kulit kayu manis
e)    Kicap
f)    Air
g)    Bahan utama(ikan/ayam)-goreng dulu (daging)-rebus dulu
h)   Soon
i)     minyak

Cara-cara
1.     panaskan minyak-tumis a,b yang dihiris/tumbuk + c,d
2.    bubuh kicap + bahan utama
3.    masukkan air(sukatan bergantung kepada selera anda) (kalau nak bubuh soon air kena bubuh lebih sebab soon serap air)
4.    masukkan h/kentang/pilihan lain..
5.    kalau nak pedas letak cili api (belah dua/tumbuk sikit)
6.    bila da mendidih boleh tutup api n hidangkan –hias ikut suka anda(daun bawang/daun sup/bawang goreng..)


Masak lemak cili api


Bahan-bahan
a)    Cili api
b)    Bawang besar
c)    Serai
d)    santan
e)    Pilihan lauk (ayam/daging/ikan/ketam..)
   + serbuk kunyit 

Cara-cara


letak dalam periuk 
1. Tumbuk cili api dan bawang
2. Titik serai
3. Masukkan santan dan pilihan lauk
4. Kacau sentiasa sampai mendidih




Lemak putih (untuk masak sayur)

Bahan-bahan
a)    Perencah(ikan bilis/ayam)
b)    Bawang besar
c)    Santan
d)    Sayur (toge/kobis/sawi,petola, labu..)

Cara-cara
1.     Masukkan bahan 1,2 & 3 –kacau sampai mendidih
2.    Dah nak mendidih masuk 4 (sayur x perlu masak lama sangat)



No comments:

Post a Comment